untuk kelainan pada rasa spaghetti anda. senang nak double/triple untuk masak banyak2/masa jamuan . resepi dari mak aku.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spaghetti Hagettiku

untuk kelainan pada rasa spaghetti anda. senang nak double/triple untuk masak banyak2/masa jamuan . resepi dari mak aku.

BAHAN-BAHAN

  • 500 g spaghetti – direbus seperti arahan di bungkusan.
  • 400 g daging cincang – dinyahbeku, dibasuh dan ditos.
  • 5 ulas bawang putih (lebih kurang 30 g) – dicincang halus.
  • 1 sudu besar serbuk cili.
  • 2 sudu kecil herba campuran spaghetti bolognese (dried mixed herbs)
  • 2 biji tomato (lebih kurang 250 g) – dipotong dadu.
  • 2 biji bawang besar (lebih kurang 250 g) – dipotong dadu.
  • 2 batang saderi – dipotong dadu.
  • 1 biji capsicum hijau (lebih kurang 100 g) – dipotong dadu.
  • 300 g bebola daging.
  • 1 botol sos pasta tomato (lebih kurang 565 g, seperti Leggos Napoletana atau Bolognese).
  • 1 botol sos pasta krim (lebih kurang 565, seperti Leggos Alfredo).
  • 250 g sos tiram.
  • 250 g sos lada hitam.
  • 2 kiub perasa lembu Knorr.
  • 1 tin cendawan butang atau 200 g cendawan butang segar – dihiris.
  • 100 g bawang goreng.
  • 10 biji buah zaitun (dalam tin) – boleh potong dua.
  • 20 g daun ketumbar.
  • 1 sudu besar lemon.
  • Minyak untuk menumis.
  • 500 ml air.
  • *daging cincang & meatball boleh ganti dengan ayam.
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang putih, masukkan daging cincang dan serbuk cili. Kacau sehingga air daging kering.
  • Masukkan tomato, bawang besar dan saderi. Kacau sehingga tomato hancur.
  • Campurkan air, sos pasta tomato, sos tiram, sos lada hitam, herba campuran dan kiub Knorr. Kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan bebola daging, sos pasta krim, bawang goreng, cendawan, buah zaitun dan capsicum. Kacau sehingga mendidih.
  • Campurkan daun ketumbar dan lemon. Siap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN