Sedap, Mudah & Ringkas

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

^ Mee Kungfu

Sedap, Mudah & Ringkas

BAHAN-BAHAN

  • ?200-300g isi ayam dipotong kecil dan dibersihkan
  • ?4 ulas bawang putih diketuk
  • ?1 inci halia diketuk
  • ?sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
  • ?2-3 biji cili api diketuk / dibelah 2 (kalau nak pedas)
  • ?1 sudu besar sos tiram
  • ?1 sudu besar kicap cair
  • ?1 sudu besar tepung jagung (tepung gandum pon boleh) dibancuh dengan sedikit air
  • ?air secukupnya
  • ?garam secukup rasa
  • ?Sayur-sayuran: sawi, lobak merah, jagung muda, bunga kobis, kobis, dsb
  • ?3 bungkus mee kuning
  • ?4-5 biji telur ayam (bergantung kepada saiz)
CARA PENYEDIAAN
  • Bancuh telur dengan sedikit lada sulah dan garam. Masukkan mee dan gaul rata. Goreng mee (untuk 1 pinggan/orang makan) dalam kuali sehingga masak (jangan dicerai/hancurkan mee). Angkat dan letakkan dalam pinggan. Goreng habis mee yang lain. 1 demi 1. Tinggalkan sikit putih telur dalam 2-3 sudu besar.
  • Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau wangi. Masukkan ayam dan goreng hingga separuh masak.
  • Masukkan sos tiram, kicap cair, serbuk lada hitam dan lada sulah, serta sedikit air. Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
  • Tambah garam jika kurang masin. Masukkan sedikit putih telur tadi dan gaul rata. Masukkan pula air bancuhan tepung dan didihkan sehingga sedikit pekat. Masukkan cili api dan sayur-sayuran. Biarkan seketika sehingga sayur sedikit layu. Tuangkan kuah di atas mee tadi. Hidangkan panas-panas ^_~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN