Sebenarnya…idea nak buat roti jala ni bila lauk sambal tumis ikan bilis bersahur pagi tadi masih ada balance…my daughter si Mya plak mmg suka sgt roti jala..so ini percubaan pertama tanpa bantuan bondaku yg tercinta…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Jala dgn Kari Ayam

Sebenarnya…idea nak buat roti jala ni bila lauk sambal tumis ikan bilis bersahur pagi tadi masih ada balance…my daughter si Mya plak mmg suka sgt roti jala..so ini percubaan pertama tanpa bantuan bondaku yg tercinta…

BAHAN-BAHAN

  • Adunan Roti Jala
  • 4 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air suam yang dibancuh dgn sedikit garam
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Kari Ayam
  • daging ayam dipotong kecil2.
  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 2 ulas bawang merah dan seulas bawang putih serta seinci halia di kisar halus
  • serbuk kari dan garam secukup rasa
  • santan pekat setengah cawan
  • 2 cawan air.
CARA PENYEDIAAN
  • Roti Jala
  • dalam sebuah bekas masukkan tepung, air dan telur. kacau sehingga sangat sebati.
  • setelah sebati masukkan santan dan sedikit perwarna (kuning telur) kacau lagi dan boleh la ditebarkan/dijalakan di atas pan atau kuali leper
  • lipat atau gulung mengikut citarasa masing2.
  • Kari Ayam
  • bawang putih dan bawang merah yang dikisar tadi di tumis bersama penumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  • masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing, masukkan air dan kacau.
  • apabila mendidih sedikit masukkan kentang yang telah dipotong dadu td dan biarkan empuk.
  • setelah kentang empuk masukkan pula isi ayam/ayam yg telah dipotong kecil tadi biarkan hingga mendidih.
  • masukkan santan dan biarkan mendidih sekali lagi.
  • sedia untuk dihidang bersama roti jala.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN