masakan ala chinese yang simple dan kaya ngn khasiat
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tauhu Jepun Oishii
masakan ala chinese yang simple dan kaya ngn khasiat
BAHAN-BAHAN
- 2 tiub tauhu jepun/telur
- 1/4 pokok broccoli
- 3 ulas bawang putih,dicincang
- 4 batang jagung muda,dihiris serong
- 1/2 biji capsicum hijau
- 1/2 biji capsicum merah
- 1/2 sudu kecil tepung jagung,dibancuh ngn sedikit air.jika mahu pekat lagi,boleh ditambah.
- 6-7 biji cendawan butang,dihiris
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos teriyaki
- 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
- sedikit air
CARA PENYEDIAAN
- Potong tauhu kepada 3-4 bahagian setiap tiub,dan goreng hingga
keemasan dan agak garing.Angkat dan ketepikan. - Tumis bawang putih hingga wangi,masukkan cendawan dan kacau sekejap.
masukkan sayur2 dan kacau,masukkan sedikit air supaya sayur masak.Jika nak berkuah,letak air lebih - Masukkan sos tiram,sos teriyaki dan serbuk lada.Rasa kemasinan.Jika perlu,tambah garam(sos2 tersebut agak masin..)
Kacau rata.Masukkan bancuhan tepung jagung.Kacau sebati - Masukkan semula tauhu yang dah digoreng tadi.Kacau rata.Angkat dan hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.