Pemanis mulut masakan barat yang sesuai untuk seisi keluarga. Sangat enak jika dihidang sebaik sahaja ia dibakar.
Boleh juga dihidang bersama aiskrim vanilla.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Strudel epal (Apple Strudel)

Pemanis mulut masakan barat yang sesuai untuk seisi keluarga. Sangat enak jika dihidang sebaik sahaja ia dibakar.
Boleh juga dihidang bersama aiskrim vanilla.

BAHAN-BAHAN

  • 500gm pastri filo, (dinyah bekukan sekiranya beku)
  • 115gm atau 1/2 cawan mentega tanpa garam yang dicairkan
  • gula ‘icing’ untuk hiasan – jika suka
  • Bahan-bahan untuk inti :
  • 1kg epal untuk memasak (Granny Smith), dikupas, dibuang tengah dan dihiris
  • 115gm atau 2 cawan serbuk roti putih segar (fresh bread crumbs)
  • 150gm atau 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 75gm atau 1/2 cawan anggur kering (raisins/sultana)
  • parutan sebiji kulit lemon
  • 1/2 cawan mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan ketuhar sehingga 180 darjah selsius
  • Untuk membuat inti, masukkan hirisan epal ke dalam sebuah mangkuk yang besar. Campurkan serbuk roti, gula, serbuk kayu manis, anggur kering dan parutan lemon dan gaul rata. Cairkan mentega di atas api dan campurkan kepada bahan-bahan diatas dan gaul rata.
  • Bentangkan sehelai pastri filo diatas meja yang bersih dan yang telah ditaburi tepung terlebih dahulu. Sapukan mentega cair. Lapiskan sehelai lagi pastri filo diatas pastri tadi dan sapukan mentega cair lagi.Teruskan menindih helaian pastri filo dan sapukan mentega cair sehingga 4-5 lapisan.
  • Sendukkan inti ke tengah-tengah pastri dan tinggalkan 2.5cm / 1 inci di sekeliling pastri tersebut.
  • Lipatkan sisi yang pendek ke dalam, dan gulung dari sisiyang panjang seperti kek ‘Swiss-roll’.
  • Klik untuk isi cara-cara di sini
  • Letakkan strudel tersebut diatas kertas minyak / ‘baking sheet’ yang telah disapu dengan sedikit mentega. Pastikan bahagian yang terbuka diletakkan di bahagian bawah. Sapukan keseluruhan pastri dengan mentega cair.
  • Bakar selama 30-40 minit atau sehingga keperang-perangan.
  • Keluarkan strudel dari ketuhar dan letakkan di atas rak dawai penyejuk.
  • Ayak sedikit gula ‘icing’ di atas pastri sebelum dipotong untuk dihidang, jika suka.
  • Selamat mencuba. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh email saya di [email protected]

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN