Dari Cikgu yang ngajar masak
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Spagetti Sedap
Dari Cikgu yang ngajar masak
BAHAN-BAHAN
- 1 paket spaghetti
- 1 botol sos spaghetti kecil;
Contoh: Prego - 1 gelas air
- Sedikit dada ayam
- 1 biji Tomato
- 4 biji cendawan butang
- 5 sudu makan Cheese Mozarella
- Sedikit minyak
- Daun Ketumbar (untuk hiasan sahaja)
CARA PENYEDIAAN
- Isikan air di dalam kuali kecil. Letakkan spaghetti di dalam kuali dan pastikan spaghetti tenggelam di dalam kuali itu. Biarkan hingga spaghetti lembik.
- Potong bahan-bahan ini: Dada ayam, tomato (potong kecil-kecil) dan cendawan butang (potong setengah). Kemudian, ambil lagi satu kuali kecil dan isikan dengan sedikit air (lebih kurang setengah kuali kecil).
- Masukkan sos spaghetti di dalam kuali yang diisi air tadi. Selepas itu masukkan barang-barang yang dipotong tadi.
- Setelah spaghetti siap, letakkan di atas pinggan. Kemudian, tuangkan campuran sos spaghetti. Taburkan cheese mozarella diatasnya. Hiaskan dengan daun ketumbar.
- Selamat Mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.