fokuskan dekat cara2 nak buat serdak2 rangup tuh

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

udang butter / buttered prawn

fokuskan dekat cara2 nak buat serdak2 rangup tuh

BAHAN-BAHAN

  • udang 1 kg (saiz M atau L)
  • BAHAN2 UNTUK GORENG UDANG
  • – minyak masak 5 sudu
  • – bawang putih 4 ulas (dicincang halus)
  • – daun kari (1 tangkai, ambil daun shj)
  • – cili api 5 biji dipotong kecil2 (ubah ikut selera)
  • – susu cair / susu segar (4 sudu)
  • – garam secukup rasa
  • BAHAN2 UNTUK SERDAK RANGUP (yg penting, adalah cara memasak nnt)
  • – 7 biji telur (ambil kuning sahaja)
  • – butter 7 sudu besar / 1 senduk besar
  • – minyak masak 1 cawan
  • – garam secukup rasa
  • – perisa ayam (maggie)secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • CARA MASAK UDANG, lumurkan udang dengan garam
  • goreng udang dengan minyak yg panas 3/4 masak. ketepikan
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau. masukkan daun kari hingga naik bau, dan campurkan susu, garam, cili api. Masukkan udang yg telah di goreng tadi dan gaul hingga sebati. Ketepikan
  • CARA MASAK SERDAK (SILA FOKUS). Pukul telur kuning tadi bersama garam dan perisa ayam
  • Di dalam kuali, panaskan butter hingga separuh cair. Kemudian tambahkan minyak masak (memang nampak banyak minyak). Pastikan ketika ini, guna api besar kerana permulaan, minyak perlu betul2 panas. Kalau guna butter shj, nnt akan jadi gelap. Minyak akan cepatkan proses pencairan dan pastikan warna minyak
  • Bila semua butter dah cair, slowkan api ke tahap sederhana.. kacau minyak tersebut dlm putaran jam dgn laju (hingga nampak pusaran). sambil tgn kanan mengacau minyak, tangan kiri masukkan sikit2 bancuhan telur tadi .
  • langkah ke 6 ni perlu dilakukan dengan putaran yg pantas tetapi selamat. putaran yang pantas dan minyak yg banyak akan menghasilkan serdak halus. bila halus, ia akan jadi rangup.
  • sesudah itu, serdak akan nampak berminyak. dengan pantas, perlu toskan serdak drp minyak (guna sudip berlubang, tekan2 manja supaya minyak cepat jatuh). sekiranya lambat, serdak akan ‘serap’ minyak dan tidak jadi rangup lagi. Minyak dalam kuali juga nampak keruh.
  • gaulkan udang yg telah di goreng tadi bersama serdak2 tersebut
  • lapkan peluh anda atas usaha membuat putaran serdak! ;-) siap utk di makan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN