mngkin ada sedikit prsamaan dgn resepi kwn2, apa salahnya brkongsi rasa kerna ini cara sy.. sudi lah mncuba :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

???Asam Pedas Daging Z®

mngkin ada sedikit prsamaan dgn resepi kwn2, apa salahnya brkongsi rasa kerna ini cara sy.. sudi lah mncuba :)

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging (kalo guna tulang rusuk pun ok) – cuci/rebus/tos/potong
  • ~toptips Z~ (daging cpat empuk)daging d rebus brsama kepingan halia@ nenas, gunakn api kecil 40minit dh ok(setiap 10 minit, balik2kn daging)
  • *1 labu bwg besar
  • *5 biji bwg merah
  • *5 ulas bwg putih
  • *2 inci halia
  • bhn* d kisar
  • 2 peket kecil srbuk kari daging
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 sudu besar pes asam jawa adabi
  • 3@4 btg serai – ketuk aja
  • 1 inci lengkuas – ketuk aja
  • 1 batang karot – potong mnyerong
  • 2@3 biji tomato- potong/belah 4
  • rempah 4 sekawan serba ckit/3@4 biji buah keras
  • 2 sudu besar gula@cukup rasa
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 liter air rebusan daging + air
  • 1 cawan air panas
  • garam cukup rasa
  • daun ketumbar(kalo suka) utk tabur d atas ketika d hidangkn
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskn 1/2 cawan minyak@ agak2 lah ya.. tumiskn serai, lengkuas,rmpah 4 sekawan, buah keras letak sebiji2 & bhn *kisar hingga naik bau & sedikit garing
  • Masukkn cili kisar.. kacau kejap d ikuti srbuk kari(kecilkn api) kacau kejap & masukkn 1 cwn air panas – biar rmpah pecah minyak
  • Masukkn sos tomato, kicap manis, asam jawa – biar kejap d ikut daging, gaul/kacau sebati – masukkn air 1 liter
  • Apabila mndidih masukkn karot, kecilkn api – biar kuah mereneh prlahan-lahan, sesuai rasa garam&gula @ bleh gak letak maggi ckup rasa
  • Apabila karot sedikit lmbut masukkn tomato kejap, tutup api – sedia d hidangkn panas2 brsama taburan daun ketumbar
  • Selamat mncuba & mnjamu selera :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN