Tak banyak guna bahan..adunan yang juga boleh divariasikan…kukis yg lemak,ringan dan garing… :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
?Biskut Susu Marbleâ¢
Tak banyak guna bahan..adunan yang juga boleh divariasikan…kukis yg lemak,ringan dan garing… :)
BAHAN-BAHAN
- 125 g mentega lembut (1/2 buku)
- 95g susu pekat manis (1/4 tin)
- 1/2 sb gula halus/icing (opt)
- 1 3/4 cawan tepung naik sendiri – ayak
- 1/2 sk esen vanilla
- 1 sb serbuk koko – ayak
CARA PENYEDIAAN
- Putar mentega,susu manis,gula dan esen hingga sebati.Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dikepal.(sekiranya adunan masih melekit boleh tambah sedikit lagi tepung naik sendiri.)
- Ambil 1/3 adunan dan bubuh serbuk koko dan gaul rata.
- Gulung kedua2 doh berasingan memanjang.
- Lekatkan dan gulung lagi,potong2 doh beberapa bahagian dan bulat2kan sebesar guli dan susun atas dulang pembakar.Leperkan sedikit dengan garfu jika suka.
- Bakar pd suhu 160C selama 10-15 min atau hingga garing.Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
- Doh boleh dibahagi 3 dan warnakan ikut suka dan lakukan seperti doh yg dimarblekan.
- Bulatkan dan bakar hingga garing.
- Untuk biskut susu plain hanya dibulat2kan dan tekan hirisan ceri merah di atasnya.
- Untuk biskut susu choc chip hanya tambah 1/4 cawan choc chip atau secukupnya,gaul rata,bulat2kan dan bakar hingga garing.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.