terasa teringin nak mkn Puteri Ayu buatan sendiri…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Puteri Ayu @ Seri Ayu
terasa teringin nak mkn Puteri Ayu buatan sendiri…
BAHAN-BAHAN
- 3 biji telur (gred A)
- 230gm gula
- 270gm tepung gandum/tepung naik sendiri(tepung kek)
- 2 sudu teh ovallate
- 1 sudu teh baking powder (xperlu sekiranya guna tepung naik sendiri)
- 2 sudu teh ovallate
- 250ml santan (saya guna 350ml santan blend bersama 8 helai daun pandan, seterusnya tapis bagi menghasilkan 250ml campuran santan berwarna hijau)
- 2 sudu teh paste pandan (xperlu sekiranya guna daun pandan)
- Pewarna hijau (xperlu sekiranya guna daun pandan)
- 1 biji kelapa saiz sederhana – ambil putih sahaja (digaul dengan sedikit garam dan 1 sudu makan tepung ubi)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan kukusan
- Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu
- Masukkan santan, paste pandan, pewarna hijau, tepung gandum, baking powder. Kacau lagi hingga sebati
- Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan
- Masukkan adunan hingga hampir penuh acuan
- Kukus selama lebih kurang 15-20 minit
- Tunggu hingga sejuk sikit baru keluarkan kuih dari acuan supaya mudah dikeluarkan
- Selamat Menjamu Selera….
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.