simple aja, ada aroma daun kari.. sambal tumis ni bleh gak d jadikn basic utk sambal nasi lemak, kalo x silap ada request dr ellymeow(dh lama).. cubalah, mudah aja :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

???Sambal(T)Telur Karipulay®

simple aja, ada aroma daun kari.. sambal tumis ni bleh gak d jadikn basic utk sambal nasi lemak, kalo x silap ada request dr ellymeow(dh lama).. cubalah, mudah aja :)

BAHAN-BAHAN

  • 8 biji telur – cuci /rebus
  • ~selepas proses buang kulit, goreng telur hingga sedikit keperangan~
  • *1 labu bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *2 inci halia
  • bhn* d kisar halus
  • 1 mngkuk kecil@1 cawan cili kering kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar gula@kalo suka pedas kurangkn gula
  • 1 sudu besar maggi cukup rasa
  • 1 btg kulit kayu manis / sedikit garam
  • 1@2 tangkai daun kari
  • ~utk sambal nasi lemak, daun kari d tukar serai yg d titik/ketuk~
  • ~toptips Z~ utk mudahkn proses kopek/kupas kulit telur, selesai proses rebus – masukkn telur dlm bekas air sejuk(paip) & letakkn 1@2 sudu besar garam – terus kopek aja :)
CARA PENYEDIAAN
  • Cam biasa, panaskn 1/2 cawan minyak@kalo suka brminyak bleh lebihkn
  • Tumiskn bhn * , kulit kayu manis & daun kari hingga naik bau , x prlu garing – masukkn cili kisar, kacau mesra d ikuti 2 jenis sos & kicap manis
  • Masukkn gula & srbuk maggi ckup rasa – kacau slalu, sesuai rasa garamnya. Masak hingga pekat & pecah minyak. Curahkn sambal ke atas telur
  • Siap, mudah aja.. selamat mncuba :)
  • ~Sy letak info kebaikan/khasiat daun karipulay~ Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india~Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman~Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit~Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan~Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis~Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir~Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes~Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan~Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban~Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa~Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN