resipi adaptasi dari rasamalaysia – masakan chinese yang simple dengan ayam yang lembut dan juicy!lihat cara2 melembutkan daging/ayam dibawah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Gajus

resipi adaptasi dari rasamalaysia – masakan chinese yang simple dengan ayam yang lembut dan juicy!lihat cara2 melembutkan daging/ayam dibawah.

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping dada ayam dipotong kepada kiub2 kecil
  • 1/2 cawan gajus roasted
  • 1 biji capsicum hijau sederhana,dipotong memetak.
  • 1/2 inci halia dihiris
  • 1/2 labu bawang besar dibelah kasar,menjadi petak2
  • Bahan perapan :
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Bahan untuk sos:
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3/4 sudu kicap
  • 4 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/4 sudu kecil minyak bijan
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Perapkan isi ayam dengan soda bikarbonat selama 15-20 minit.Kemudian bersihkan ayam bebetul supaya tiada lagi soda pada ayam.
    Soda bikarbonat merupakan agen pelembut bagi daging/ayam.Ia juga berfungsi untuk menghilangkan hames ayam.
  • Dengan menggunakan tisu dapo,lapkan kering ayam tadi dan perapkan dengan tepung jagung pula selama 15 minit
  • Satukan semua bahan sos dalam mangkuk,kacau sebati dan biarkan
  • Panaskan satu sudu besar minyak dalam kuali dan stir-fry ayam smpai warnanya bertukar menjadi putih atau separuh masak,kemudian keluarkan dari kuali.
  • Tambah lagi sesudu minyak masak dalam kuali dan tumis bawang,halia dan capsicum sehingga naik bau
  • Masukkan gajus dan kacau rata
  • Masukkan semula ayam yang separuh masak tadi
  • Masukkan bahan sos yang telah dicampurkan dan kacau sehingga ayam disaluti sos sepenuhnya
  • Tambahkan garam secukup rasa.Tutup api dan hidangkan ayam gajus ni dengan nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN