resepi olahan sendiri
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bubur Ayam Lada Hitam
resepi olahan sendiri
BAHAN-BAHAN
- 500g isi ayam dipotong dadu
- 3 cawan beras dicuci bersih
- 6 cawan air
- 1 sdt serbuk jintan halus
- 1 sdt serbuk jintan kasar
- 11/2 sdt serbuk ketumbar
- 1 sdm lada hitam- ditumbuk kasar-kasar
- sebesar ibu jari halia-diketuk
- 3 biji bawang putih-diketuk
- 2 sdm caipo-dihiris kasar(jika suka)
- garam secukup rasa
- daun sup dan daun bawang -dimayang halus(utk tabur)
- cili merah-dipotong halus(utk tabur)
- telur dadar-dipotong halus(tuk tabur)
- bawang goreng(tuk tabur)
- rempah tumis 4 sekawan
CARA PENYEDIAAN
- masukkan kesemua bahan ke dalam rice cooker kecuali bahan tabur dan set(porridge)
- setelah masak,gaul rata dan bolehlah disaji
- taburkan bahan hiris dan bawang goreng.hidangan ini tidak muak kerana tiada santan .enak lagi dimakan bersama ikan bilis petai cilipadi.selamat mencuba
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.