salad menyegarkan,sesuai bagi yang menjaga badan.sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Salad Ayam & Sayur Ala Thai

salad menyegarkan,sesuai bagi yang menjaga badan.sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi

BAHAN-BAHAN

  • 400g isi ayam bahagian dada
  • 1 cwn air
  • 1/2inci halia dihiris
  • 2 batang serai,dihiris(bahagian putih je)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 250g broccoli
  • 5 biji putik jagung
  • sepeket kacang peas (snow peas)
  • 1 biji capsicum merah,dihiris memanjang
  • 3helai daun bawang dihiris memanjang
  • 1/2 cwn sos cili thai
  • 2 sudu besar honey atau 2 sudu besar gula melaka
  • 2 sudu besar air limau nipis
  • 2 sudu kecil parutan kulit limau nipis
  • 1/4 cwn daun ketumbar,dihiris kasar
CARA PENYEDIAAN
  • Hiris nipis dada ayam
  • Masukkan air, halia, serai, dan sos ikan dalam periuk kecil dan didihkan seketika kemudian biarkan api sederhana dan kacau selama 5 minit
  • Campurkan isi ayam yang telah dihiris ke dalam periuk,dan masak selama 5 minit sambil dikacau.Toskan airnya dan biarkan isi ayam sejuk.Buangkan air yang ditoskan tadi
  • Didihkan air dalam periuk besar,dan masukkan broccoli,putik jagung,kacang peas,capsicum dan daun bawang selama 2 minit.Toskan cecepat dan rendamkan sayuran ini dalam air berais.Toskan lagi.
    Proses ini dipanggil blanching,supaya sayur kekal rangup.
  • Dalam mangkuk,satukan sos cili thai,honey,air limau nipis dan parutan kulit limau dan kacau sebati.
    Atur sayur dan ayam tadi dalam pinggan besar.Tuangkan sos dan gaulkan pelahan2.Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN