Source Asal : Blog Ayu S’pore http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/2010/06/devils-food-chocolate-cake.html

Source : Blog Secubit Garam (K.Nor)
http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2010/06/devils-food-chocolate-cake.html

Resepi Kek Coklat yang paling sedap tiada tandingannya… Heaven ! :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Devil’s Food Chocolate Cake

Source Asal : Blog Ayu S’pore http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/2010/06/devils-food-chocolate-cake.html

Source : Blog Secubit Garam (K.Nor)
http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2010/06/devils-food-chocolate-cake.html

Resepi Kek Coklat yang paling sedap tiada tandingannya… Heaven ! :)

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum (x2)
  • 1 / 4 cawan cocoa powder (x2)
  • 3 / 4 sdt soda bikarbonat (x2)
  • 1 / 4 sdt garam (x2)
  • 1 / 2 cawan gula pasir (x2)
  • 65 g mentega (x2)
  • 1 biji telur (x2 -saya guna gred B)
  • 1 sdt esen vanila
  • 1/4 cawan buttermilk-(buatan sendiri 1 cawan susu ditambah dengan 1 sudu makan cuka. Rehatkan selama 20 minit tetapi recipe ni hanya gunakan 1/4 cawan saja) (x2)
  • 1/2 cawan air suam (x2)
  • Cream Cheese Frosting:-(saya buat 1/2 adunan)
  • 250g Philadelphia cream cheese (sy guna 125g)
  • 125g mentega (sy guna 65g)
  • 1 cawan gula aising (sy guna 1/4 cwn je)
  • 1 sdt esen vanila
  • jus daripada lemon (sy tak letak)
  • double boil cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon. (saya tak double boil pun. terus sapu kat kek je…)
  • Chocolate Ganache:-(sy buat 1/2 adunan)
  • 200ml whipping cream (sekotak kecil)
  • 250g dark coklat dicincang halus
  • sedikit garam (sy tak letak)
  • Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, Angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache diatas.
CARA PENYEDIAAN
  • Set oven 170C. Griskan loyang dan alaskan dengan kertas minyak.
    Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur satu persatu. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair(buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.Terakhir masukkan esen vanila . Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
  • Dah Sejuk, baru keluarkan dari loyang. Bila kek benar2 sejuk, baru sapukan cream cheese.
  • Selepas itu baru siram chocolate ganache.. Hias mengikut citarasa sendiri.
  • Simpan kek ni dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum dipotong utk hasil yg optimum… (utk setkan cheese dulu).
  • Selamat Mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN