Sambal kacang ni selalunya di buat dan dibancuh dengan air untuk dicampurkan di dalam lontong. Ada juga yang makan sambal kacang yang telah dilarutkan ini bersama dengan ulam-ulaman seperti pucuk ubi, pucuk paku, kangkung dan tauge yang telah dicelur..

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara pembuatannya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SAMBAL KACANG ALA JAWA

Sambal kacang ni selalunya di buat dan dibancuh dengan air untuk dicampurkan di dalam lontong. Ada juga yang makan sambal kacang yang telah dilarutkan ini bersama dengan ulam-ulaman seperti pucuk ubi, pucuk paku, kangkung dan tauge yang telah dicelur..

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara pembuatannya.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan
    ½ kilo kacang tanah
    100g cili kering
    Sedikit udang kering
    Minyak masak
    Sesudu gula pasir
    Secubit garam
    Sedikit serbuk perasa
    Sedikit asam jawa
    3 ulas daun limau purut – di racik kasar
CARA PENYEDIAAN
  • Cara membuatnya
    1. Tuang minyak masak ke dalam kuali dan panaskan.
    2. Goreng kacang tanah, cili kering dan udang kering. Goreng sehingga kekuningan.
    3. Kisar semua bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Tetapi biasanya saya akan tumbuk semuanya supaya teksturnya tidak terlalu halus.
    4. Campurkan semua bahan tadi di dalam mangkuk. Masukkan skali gula, garam, serbuk perasa, asam jawa dan daun limau purut. Kuantiti gula dan garam mngikut citarasa masing-masing.
    5. Tersedia sudah sambal kacang ni untuk di makan..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN