masakan warisan atuk saya yang telah di turunkan kepada saya sebagai pewaris ilmu masakan beliau ( atuk tukan masak ).. semoga atuk di berkati selalu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

udang galah masak sambal wangi

masakan warisan atuk saya yang telah di turunkan kepada saya sebagai pewaris ilmu masakan beliau ( atuk tukan masak ).. semoga atuk di berkati selalu

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg udang galah
  • 2 biji bawang besar ( di mayang halus )
  • 6 biji bawang kecil/india ( dikisar )
  • 4 ulas bawang putih ( dikisar )
  • 3cm halia ( dikisar )
  • 1 batang serai ( dikisar )
  • 3cm lengkuas ( diketuk )
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3-5 pokok daun sup & daun bawang
  • minyak masak, gula dan garam ikut citaras
  • 15-24 batang cili kering ( di kisar )
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • tumiskan bawang yang telah di mayang sehingga layu, kemudian masukkan semua bahan-bahan yang di kisar dan tumis sehingga garing ( untuk mencepatkan cili garing masukkan sedikit gula)
  • setelah bahan yang di tumis garing, masukkan lengkuas dan sos tomato, serta gaul sehingga sebati
  • kemudian masukkan udang yang telah dibersihkan ( sekirangnya udang mempunyai telur, jangan buang masukkan sekali kerana ia membuat sambal lebih enak ) dan garam secukup rasa, masak sehingga air yang di keluarkan udang kering.
  • akhir sekali setelah sambal masak, tutup api dan taburkan daun sup daun bawang… hidangan siap untuk di makan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN