Resepi ibu tanpa menggunakan bunjut segera. Lebih segar dan asli.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

^ Sup Ayam Asli, Wangi & Sedap

Resepi ibu tanpa menggunakan bunjut segera. Lebih segar dan asli.

BAHAN-BAHAN

  • ??Separuh ekor ayam (saiz sederhana) dipotong kecil dan dibersihkan
  • ??1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • ??1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • ??1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • ??2 inci halia diketuk *
  • ??4 ulas bawang putih diketuk *
  • ??4 biji bawang kecil dimayang *
  • ??1 biji bawang besar dipotong bulat
  • ??1 pokok daun sup
  • ??2-3 biji ubi kentang dipotong 4/6
  • ??2 kuntum bunga lawang **
  • ??3 kuntum bunga cengkih **
  • ??3 biji buah pelaga **
  • ??1 batang kulit kayu manis 2 inci **
  • ??1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • ??minyak untuk menumis
  • ??air secukupnya
  • ??garam
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam yang diperap seketika 10-15 minit dengan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
  • Tumis bahan-bahan bertanda * dan ** sehingga wangi dan garing.
  • Masukkan ayam yang telah diperap dan sedikit garam dan kecikkan api. Gaul dan biarkan seketika sehingga ayam separuh masak.
  • Masukkan 2-3 cawan air, bawang besar, daun sup yang diikat dan dipulas serta serbuk lada hitam.
  • Renih sup seketika dalam 15-20 minit dan masukkan ubi kentang. Tambah garam jika perlu. Masak sehingga ubi kentang empuk dan tabur daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan panas-panas ^_~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN