Tekstur seperti cream cheese; gebu, lembut dan creamy, dengan rasa yang agak menonjol dari mangga segar; masam manis, lemak berkrim, seakan mousse. Resepi asal dari Chef Catherine Lau. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/06/resepi-kek-keju-mangga-bakar-baked.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Keju Manga Bakar

Tekstur seperti cream cheese; gebu, lembut dan creamy, dengan rasa yang agak menonjol dari mangga segar; masam manis, lemak berkrim, seakan mousse. Resepi asal dari Chef Catherine Lau. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/06/resepi-kek-keju-mangga-bakar-baked.html

BAHAN-BAHAN

  • Inti:
  • 250g cream cheese, suhu bilik
  • 4sb @ 60g gula kastor – boleh dikurangkan kalau guna fresh cream atau mangganya manis
  • 1/2sb + 1/2st @ 6g tepung kastad
  • 2sb @ 15g tepung jagung
  • *Tepung jagung dan tepung kastad diayak bersama
  • 1/2C + 4sb @ 180g isi mangga, diblend halus, dari sebiji mangga besar
  • 2 biji telur Gred A
  • 100ml @ 100g UHT dairy whipping cream – sy guna 100g fresh cream yang sudah dipukul kental tapi dibiarkan pada suhu bilik hingga ia cair dan lembut. Boleh ganti dengan yoghurt asli atau yoghurt perisa mangga tapi adjust gula ikut kesesuaian. Guna yoghurt
  • Hiasan:
  • 1 biji mangga, dihiris
  • 40g gilis apricot (apricot gel)
  • 40ml air
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 150C.
  • Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama gula kastor hingga sebati. Masukkan tepung jagung, tepung kastad dan kacau sebati. Masukkan isi mangga yang diblend halus dan pukul lagi.
  • Masukkan telur satu per satu, sambil dipukul rata. Masukkan whipping cream@fresh cream dan pukul hingga adunan menjadi pekat.
  • Tuangkan adunan ke dalam base biskut tadi. Balut loyang springform@loose pan dengan aluminium foil 2-3x untuk elak air meresap ke dalam loyang kek.
  • Bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah). Bakar selama 1 jam 10 minit, dengan 10 minit terakhir loyang di’rotate’kan untuk dapat permukaan dibakar rata.
  • Tutup suis oven dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit. Keluarkan bekas berisi air dari oven. Biarkan kek betul-betul sejuk di dalam oven dengan pintunya direnggangkan sedikit. *** (Permukaan kek akan kelihatan sedikit kering tapi jangan sampai merekah, dan tengah-tengah kek akan bergoyang/jiggle sedikit apabila loyangnya digoyangkan).
  • Sesudah kek sejuk, keluarkan dari oven dan hiaskan dengan hirisan mangga. Untuk tujuan mengilatkan dan mengelakkan mangga teroksida menjadi hitam, cairkan glis apricot dan air dalam periuk kecil di atas api yang kecil. Kacau hingga glis larut dan sapu atas hirisan mangga tadi. Biarkan kek sejuk dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dikeluarkan dari loyang spring form/loose pan dan dihidangkan.
  • Kek keju manga yang sudah dipotong:

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN