Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin dapat bekalan telur ikan ini daripada keluarga dan kenalan? Apa kata cuba kari telur ikan mayong yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan malam kerana masakan kari sememangnya antara pilihan yang tidak pernah mengecewakan.

Aroma rempah kari yang dimasak bersama bawang tumis dan daun kari memberikan rasa yang cukup menyelerakan. Kuahnya mempunyai gabungan rasa rempah dan sedikit masam daripada air asam jawa. Bendi pula menambah tekstur pada hidangan ini.

Bagi yang pertama kali memasak telur ikan mayong, resipi ini boleh dijadikan salah satu idea untuk dicuba. Hidangan berkuah dengan rasa rempah yang kaya ini juga sesuai dinikmati bersama keluarga.

Baca juga: Cara Hilangkan Lendir Ikan Keli, Rupanya Cuma Guna 3 Bahan Yang Memang Ada Di Dapur!

RESIPI KARI TELUR IKAN MAYONG

kari telur ikan mayongBahan-bahan:

  • Telur ikan mayong
  • ½ cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 4 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 biji bawang besar, dikisar
  • 5 ulas bawang putih, dikisar
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 2½ cawan air
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • ½ sudu kecil serbuk perasa (jika suka)
  • 5–6 batang bendi
  • 4 biji telur
  • 2 keping asam keping

Cara penyediaan:

  1. Rebus telur bersama 1–2 keping asam keping selama kira-kira 2 minit. Angkat, toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Masukkan halba campur dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang dihiris. Tumis sehingga layu dan sedikit keperangan.
  4. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan rempah kari ikan dan sedikit air. Kacau rata dan masak sehingga rempah betul-betul garing.
  6. Tuangkan air asam jawa dan air. Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih.
  7. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
  8. Masukkan bendi dan telur rebus. Biarkan sehingga bendi empuk dan kuah meresap.
  9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota: Rebus telur terlebih dahulu selama kira-kira 2 minit bersama 1–2 keping asam keping sebelum dimasukkan ke dalam kari.

Sumber: Threads @nshifaross_

Baca juga: Jangan Terus Goreng Ikan! Cuba Rebus Dengan 5 Bahan Ini Dulu, Memang Beza Rasanya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending