hari tu ada org tanya resepi puding nestum kat forum myr….tak sangka saya ada resepi ni rupanya…hahhaha…baru2 ni saya cuba buat….so saya kongsi resepi ni kat sini….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding nestum

hari tu ada org tanya resepi puding nestum kat forum myr….tak sangka saya ada resepi ni rupanya…hahhaha…baru2 ni saya cuba buat….so saya kongsi resepi ni kat sini….

BAHAN-BAHAN

  • 20gm agar2 serbuk -( kalau pakai agar2 tali….10gm)
  • 250ml santan
  • 1 liter air
  • 1 daun pandan disimpul
  • sirap ros secukupnya/ pewarna merah
  • nestum secukupnya- saya pakai nestum perisa koko
  • 150gm gula
CARA PENYEDIAAN
  • mula2 masukkan agar2 serbuk, air, daun pandan dan gula dalam periuk…kemudian kacau2 sampai serbuk agar2 tu larut dalam air dan masak atas api sampai gula hancur dan agar2 didih.
  • bila dah didih keluarkan daun pandan dan tutup api. kemudian bahagi dua adunan agar2 tadi…satu adunan isi sirap ros dan satu lagi isi santan….kemudian kacau2 rata kedua2 adunan.
  • ambik cup kecil2 dan isi adunan warna merah 1/2 cup….selepas dah isi sampai habis dlm semua cup….taburkan nestum sebanyak 1 sudu besar mumbung kat atas agar2 merah tadi…tak yah tunggu keras sebab nanti nestum tu akan terapung sendiri sebab dia kan ringan. biarkan adunan sehingga keras….
  • bila agar2 merah dah keras….tapiskan adunan santan tadi dlm manggok lain….agar2 santan ni kena tapis bila dia dah suam2 baru dia cantik nanti rupa dia…so tapis je agar2 santan ni bila agar2 merah dah mengeras…sebab kalau tapis waktu dia panas…nanti dia tak cantik….ni tips dari kaknor…tq kaknor…:)
  • lepas dah tapis….baru sudukan agar2 santan tadi keatas nestum….nanti bleh nampak separuh nestum tu melekat kat bahagian merah dan separuh lagi timbul kat atas agar2 santan…..sudukan sampai habis…..kemudian biarkan sampai agar2 keras dan boleh simpan dlm peti ais….dah sejuk boleh makan….
  • kalau masak guna agar2 tali…agar2 kena rendam dulu dalam 1 jam cam tu biar dia kembang….lepas tu baru didih air dan daun pandan…bila dah didih airnya….masukkan agar2 tadi….masak hingga agar2 larut…dah larut agar2 masukkan gula…..bila gula dah larut….kuarkan daun pandan dan tutup api…kemudian boleh ikut langkah 2 dan seterusnya…
  • kalau nak guna loyang pun boleh…tapi basahkan dulu loyangnye supaya senang nak keluarkan agar2 dan mudah dipotong.
  • nestum kalau nak pakai nestum biasa pun boleh…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN