resepi dari mak mertuaku, Rahmah Daud di Padang Rengas

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging masak antu

resepi dari mak mertuaku, Rahmah Daud di Padang Rengas

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm daging batang pinang (daging sejuk beku pun bole he he)
  • Kicap kipas udang yang manis secukup rasa
  • 2 labu bawang besar dihiris halus (bwg holland ya)
  • 1 sb jintan manis
  • 1 sb jintan putih
  • 25 btg cili kering (atau lebih ikut suka)
  • 1 btg serai dititik
  • 2 biji ubi kentang di hiris lebar (tak nak pun tak pe)
  • minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • bersihkan daging n hiris kecil-kecil and nipis sedikitlah
  • perap daging bersama kicap kipas udang, kalau bole semalaman
  • Sangan (goreng tanpa minyak) cili kering n jintan sampai cili kering agak layu dan jintan ringanlah
  • kisar campuran cili kering dan jintan dengan air sampai betul2 sebati dan halus
  • goreng bawang besar sampai kekuningan n bangkit bau, tos dan ketepikan
  • tumiskan campuran cili kisar tadi dengan menggunakan minyak bekas goreng bawang tadi..biarkan hingga pecah minyak
  • campurkan dengan daging yang diperap semalaman tadi..kacau and biarkan sampai kering ye
  • sesudah betul2 kering campurkan bawang yang telah digoreng tadi..dan sedia untuk dihidangkan. Boleh dimakan dengan nasi putih panas atau dengan nasi impit..hmm sedap..
  • Kalau guna kentang, pastikan kentang diletakkan sebelum daging kering ye.. tak letak pun tak pe..tapi saya selalu campurkan sebab suami suka kentang he he

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN