kuih org dulu2.. kalau betul caranya, memang menjadi dan sedap, cair di mulut walaupun tanpa majerin dan bahan penaik. cost nya pun murah saja..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kuih bangkit asli

kuih org dulu2.. kalau betul caranya, memang menjadi dan sedap, cair di mulut walaupun tanpa majerin dan bahan penaik. cost nya pun murah saja..

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan rata tepung ubi (+-300g)
  • 1/2 cawan tepung gandum(+-50g)
  • 1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa(tak campur air)
  • 1 cawan rata gula ising(+-130g) – ( yg ni utk manis sedang2. kalau nk manis btol gunalah gula halus/gula kisar)
  • 2 biji kuning telur grade B
  • sehelai daun pandan disiat & disimpul
  • sedikit bijan utk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • campur kedua2 jnis tepung lalu digoreng tanpa minyak(sangrai) dlm kuali hingga ringan. lpastu ayak dan sejukkan.
  • masak santan bersama daun pandan hingga mendidih – ketepikan.
  • ayak gula ke dalam mangkuk. campur kan telur lalu dikacau hingga sebati. mula2 memang sukar.. lps tu ok. kacau dgn pemukul telur manual jer hingga sebati.tp, kalau dienjut hingga kembang lagi baik hasilnya.
  • gaul tepung bersama telur rata2, tambah santan sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh. kuihni kena banyak uli. uli dgn tapak tangan macam uli doh. x mainlah lembut2.. agak2 doh tu boleh di canai ok lah tu. santan x smestinya habis digunakan yer..
  • ambil seketul doh, gelek dgn penggelek antara dua helai plastik. celup acuan dlm tepung sebelum menerap kuih. susun atas loyang yg telah dilenser dgn majerin dan ditabur sedikit tepung. setiap kali nk canai & gelek doh kena diuli lagi spaya kuih jd rangup.
  • sapu dengan nipis ditengah2 atas kuih dgn putih telur lalu ditabur sedikit bijan. puth telur brtujuan utk lekatkn bijan saja, jgn sapu berlebihan, takut serap pd doh yg akn mnyebabkan biskut jd keras.
  • bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dulu dgn suhu +- 150c selama 30 mnt atau hingga masak. ikutlah kepanasan oven masing2 yer..
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN