Resepi reka-reka jer ni…tapi SEDAP kata hubby
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ikan Merah Sweet Sour
Resepi reka-reka jer ni…tapi SEDAP kata hubby
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ikan merah (ikan siakap pun boleh)
- 5 sudu sos cili
- 5 sudu sos tomato
- 2 biji tomato – buang biji & potong dadu
- 3 biji bawang putih – dicincang
- 3 sudu kacang peas
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- 1 biji telur
- 5 sudu tepung gandum
- 3 sudu tepung jagung
CARA PENYEDIAAN
- Ikan di bersihkan dan dilumur garam – biar sekejap bagi garam serap pada ikan
- Tepung gandum digaulkan dengan tepung jagung – nak senang masuk kedua2 tepung dalam plastik & goncang
- Menggoreng ikan : Celup ikan dalam tepung kemudian celup ke dalam telur dan seterusnya celup ke dalam tepung semula. Goreng dalam minyak sampai garing dan hidangkan dalam pinggan
- Untuk sos : Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai naik bau
- Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam. Kacau hingga agak pekat
- Akhir sekali masukkan tomato dan kacang peas. Siram sos atas ikan yg dh posing elok atas pinggan tu ya!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.