dpt 4 hri free, coz anak2 asuhan bercuti ngn parents masing2.. dpt lah akk buat projek buat kuih ngn 2 anak yg masih tinggal ni.. hehe..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

rempeyek kacang tanah

dpt 4 hri free, coz anak2 asuhan bercuti ngn parents masing2.. dpt lah akk buat projek buat kuih ngn 2 anak yg masih tinggal ni.. hehe..

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus tepung beras (500g)
  • 1 bungkus jintan manis (50 sen)
  • 1 bungkus kecil jintan putih (50sen)
  • 1 bungkus biji ketumbar (50sen)
  • segenggam udang kering @ ikan bilis
  • 1liter santan dri sebiji kelapa(tq ibu ammar coz tlong sukatkn)
  • 1/2 sudu teh kapur sireh
  • 2 biji telur grade B
  • garam secukup rasa, 1 sudu teh gula
  • 6 ulas bawang putih
  • kacang tanah 1/2 kilo atau lebih..
  • minyak utk goreng terendam
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • stelah dibasuh kisar rempah2, bawang putih, udang kering, kapur sireh bersama santan.
  • dalam mangkuk, gaul sebati semua bahan bersama tepung beras & telur. jgn dikisar. kacau dgn hand whisk atau senduk.(kalo guna senduk, telur tu kacau ringan hanya utk campur putih dan kuningnya saja. jgn sampai berbuih) , barulah campur dgn bahan2 lain. agak2 lah kepekatannya yer.. jika kurang tambah air.
  • akk slalu bancuh adunan pekat mcm adunan lempeng dadar, pastu ambil beberapa senduk adunan, tambah santan hingga sesuai kepekatannya, masukkan kacang dan goreng. kacang basuh 2 genggam dulu, jgn basuh semua sekali.
  • panaskan minyak dlm kuali, bila telah agak panas, (api sederhana saja yer..) sendukkan adunan lalu dituangkan di tepi kuali. biar adunan melorot ke dalam minyak. agak2 lah ya, bagi ruang rempeyek tu, jgn sampai bertindih..
  • biar seminit, lpastu terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah.Arwah mak akk pesan, bila goreng rempeyek kacang, sentiasa telangkupkan, supaya kacang ranggup & masak sempurna. api kena jaga, jangan besar. bila permukaan berkacang sudah kecoklatan, baru terbalik kan.(kuak lentang plk..) kiranya sekejap saja rempeyek tu terlentang. cuma nk garingkan mana2 yg blom garing sj.
  • boleh lah diangkat dan ditos kan. bila dah sejuk baru simpan dlm bekas kedap udara @ tin.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN