respi ni diberi oleh emak anak murid mengaji masa kitorang duk di Sg Besi. mak lang Raj’ah namanya.. smenjak tu, masuk lah ia dlm list kuih Raya & kudapan.. altenatif utk yg x bleh mkn manis2..hehe..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kuih goyang/bunga ros pedas kakbesah

respi ni diberi oleh emak anak murid mengaji masa kitorang duk di Sg Besi. mak lang Raj’ah namanya.. smenjak tu, masuk lah ia dlm list kuih Raya & kudapan.. altenatif utk yg x bleh mkn manis2..hehe..

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus tepung beras (500 gm)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 sudu makan mumbung jintan manis
  • 1 sudu makan mumbung jintan putih
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan mumbung udang kering (nk gune ikn bilis pn bleh)
  • 2 biji telur grade B
  • semangkuk santan dari sebiji kelapa
  • 1 sudu mkn gula & garam secukup rasa.
  • 4 tangkai daun kari, dilurut daunnya & dihiris halus
  • minyak utk goreng terendam & wajip ada acuan kuih ros
CARA PENYEDIAAN
  • tumbuk jintan2, pastu masukkan bawang putih dan udang kering. tumbuk hingga lumat.(setakat yg boleh la..)
  • satukan semua bahan. kacau sebati. awas, santan jgn masuk semua, agak2 dulu.. takut tercair plk. adunan ni hampir2 sama ngn adunan lempeng dadar. pekat skit dri kuih ros manis. rasa lah garamnya.
  • panaskan minyak dlm kuali. rendam acuan kuih ros di dlm nya.
  • bila minyak telah panas, celupkan acuan yg panas tu ke dlm adunan hingga paras ketinggiannya saja. jgn sampai meliputi semua acuan, nnti x bleh tertanggal.(sbb akk ada pngalaman pestaim buat dlu..hehe) . celup beberapa saat hingga adunan melekat pd acuan..
  • terus celupkan acuan ke dlm minyak beberapa saat lalu digoyang2/henjut perlahan hingga kuih tertanggal ke dlm minyak. biar acuan terendam dlm minyak seminit dua, baru ulangi langkah seterusnya..
  • buat lah sampai habis.. yer.. (pesanan pd my small doter td..hehe..)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN