Kedai makan yang ada persembahan ‘busking’ memang dah biasa kita jumpa. Tapi lain pula pengalaman yang dikongsi seorang lelaki ini apabila dia dapat menikmati roti tampal dengan teh O ais sambil diiringi alunan muzik violin.
Menerusi perkongsian di Threads, lelaki itu menceritakan pengalamannya makan di sebuah kedai di Cheras yang menawarkan hiburan berbeza daripada kebiasaan. Kalau selalunya pelanggan ditemani penyanyi dengan gitar, kali ini alunan violin pula mencuri perhatian.
“Aku order roti tampal ja kot minum dengan teh o ais. Terus rasa makan kat kedai mahal,” tulisnya.
Makan Roti Tampal Di Kedai Biasa Tapi Suasana Ala ‘Fine Dining’

Roti tampal dengan teh O ais memang antara menu yang orang selalu pesan untuk sarapan atau ketika nak mengalas perut tanpa perlu fikir panjang tentang pilihan makanan.
Namun, apabila ada muzik violin dimainkan secara langsung, suasana makan yang biasa itu terus terasa berbeza. Tengah menikmati roti tampal dengan kuah kari, telinga pula dihiburkan dengan alunan muzik yang mungkin lebih sinonim dengan persembahan di hotel atau restoran mewah.
Tak hairanlah lelaki itu menyamakan pengalamannya dengan makan di kedai mahal. Walaupun pesanannya ringkas, hiburan yang disediakan memberikan kelainan ketika menjamu selera.
Menerusi hantaran tersebut, lelaki berkenaan turut berkongsi maklumat mengenai pemuzik violin yang membuat persembahan itu. Individu berkenaan boleh ditemukan di Instagram menerusi akaun @wawanwahyou.
Bagi yang ingin mengetahui lokasi kedai tersebut, hantaran itu menyatakan Kedai Abang Sado atau Kedai 69, berhampiran Petronas Taman Tenaga, Cheras.
Sumber: Threads @hizmanhisham
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

