Masakan sesuai untuk seisi keluarga. Resepi keluarga dan mengambil masa 30 minit sahaja.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Si Hitam Manis

Masakan sesuai untuk seisi keluarga. Resepi keluarga dan mengambil masa 30 minit sahaja.

BAHAN-BAHAN

  • 300g daging (hiris nipis)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 ulas bawang besar (hiris)
  • 10 biji cili padi (kisar)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan cili boh
  • sedikit hirisan daun bawang (sebagai hiasan)
  • sedikit minyak masak
  • Gula,garam dan serbuk perasa (secukup rasa)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kuali (tanpa minyak). Masukkan daging. Kacau sehingga keluar air. Biarkan sehingga kering airnya.Angkat dan asingkan
  • Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau
  • Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan cili boh. Kacau
  • Kemudian masukkan daging, kacau sehingga sebati
  • Masukkan bawang besar dan daun bawang
  • Tambah sedikit gula,garam dan serbuk perasa
  • Sedia untuk dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN