Jom cuba buat rice pudding atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Ruz Bil Laban. Pencuci mulut ini mempunyai tekstur creamy dengan rasa manis dan lemak yang sedap, lebih-lebih lagi apabila dinikmati sejuk.
Tak perlu banyak langkah atau teknik yang rumit. Beras hanya perlu direbus sehingga kembang sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan lain dan dimasak sehingga mendapatkan tekstur yang diinginkan.
Selepas disejukkan dalam peti ais, rice pudding ini boleh dihias dengan kacang pistachio, badam dan kuntum bunga mawar kering. Boleh juga ditambah sapuan pistachio untuk rasa yang lebih menarik.
Baca juga: Roti Arab Simple Tanpa Bakar, Cara Ringkas Tapi Lembut Bukan Main!
RESIPI RICE PUDDING ARAB (RUZ BIL LABAN)

Bahan-bahan:
- 1 cawan beras sumo (beras sushi)
- 700 ml air untuk merebus beras
- 1 liter susu segar
- 5 sudu gula
- Garam secukup rasa
- Esen vanila
- 200 ml whipping cream
- 3 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit susu)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan beras dan air ke dalam periuk. Masak sehingga beras kembang dan lembut.
- Setelah beras kembang, masukkan susu segar, gula, garam, esen vanila dan whipping cream.
- Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit susu. Kacau rata dan teruskan memasak sehingga adunan menjadi creamy dan pekat.
- Tutup api dan biarkan adunan sedikit suam.
- Tuangkan rice pudding ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais selama kira-kira 3 jam.
- Sebelum dihidangkan, taburkan pistachio, badam dan rose bud di atasnya. Jika suka, boleh tambahkan pistachio spread.
- Nikmati rice pudding dalam keadaan sejuk. Ketika makan, ambil sedikit demi sedikit seperti menikmati dessert dan elakkan mengacaunya seperti bubur.
Sumber: Syaz Jannah
Baca juga: Nasi Arab Paling Sedap Guna Rempah Homemade, Tak Perlu Beli Rempah Segera Pun Jadi Wangi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

