setelah membuat beberapa kali percubaan…akhirnya
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Buah Terapung
setelah membuat beberapa kali percubaan…akhirnya
BAHAN-BAHAN
- 400g mix fruit dlm kotak/ timbang
- 250g butter/sebuku butter
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan sunquick/perahan lemon/ kodial
- 3 cawan tepung gandum red rose
- 2 camca teh soda bikarbonat
- 1camca teh baking powder
- 1 cawan air
- 5 biji telur gred A
- 1cawan gula jika gemar, kek yg manis
CARA PENYEDIAAN
- campurkan mix fruit, butter,air, susu pekat manis dan gula dalam periuk dan masak hingga mendidih. Tunggu hingga sejuk, masukkan soda bikarbonat, hati-hati sbb akan berlaku pemeluwapan, gunakan periuk atau bekas besar.Simpan dan masukkan dlm peti ais semalaman.
- Ayak tepung gandum yang dicampurkan dengan baking powder
- blender telur sekejap sahaja, atau pun sekadar mengacau menggunakan winski, campurkan telur dengan mix pruit yg telah dikeluarkan dr peti ais dan dibiarkan cair pada suhu bilik lebih kurang 1 jam
- campurkan gandum guna senduk, dan bakar suhu 170c selama 1 jam, test guna lidi kalau dah xmelekat, maksudnya dah masak
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.