Strawberry shortcake cara Jepun yang menggunakan kek sponge yang lembut, lembab dan gebu dan diadun secara double-boiler. Kombinasi kek yang tak berapa manis bersama fresh cream yang manis serta strawberry yang masam-manis memberi rasa kelainan kepada kek ini. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/05/resepi-kek-strawberry-shortcake.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Strawberry Shortcake- Japanese-style

Strawberry shortcake cara Jepun yang menggunakan kek sponge yang lembut, lembab dan gebu dan diadun secara double-boiler. Kombinasi kek yang tak berapa manis bersama fresh cream yang manis serta strawberry yang masam-manis memberi rasa kelainan kepada kek ini. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/05/resepi-kek-strawberry-shortcake.html

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN KEK SPONGE:
  • 4 biji telur Gred A
  • 120g gula kastor
  • 80g tepung superfine@tepung kek (terdesak boleh guna tepung gandum)
  • 20g tepung jagung
  • 1/4st baking powder
  • 40ml susu segar + 1/2st esen vanila (boleh juga 40ml air+1/2sb susu tepung + 1/2st esen vanila)
  • 40g butter, dicairkan
  • HIASAN:
  • 300g @ 1C atau lebih fresh cream@non-dairy whipping cream, dikocok hingga kental
  • 250g @ 1C lebih buah strawberry segar
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 170C.
  • Lengser dan alaskan dasar serta keliling loyang kek dengan baking paper. Ketepikan.
  • Panaskan periuk kecil berisi air hingga menggelegak. Tutup api, angkat periuk dan letak berhampiran tempat mixer anda. Ambil bekas tahan panas berisi telur + gula, letak atas periuk tersebut dan pukul hingga adunan 2-3x ganda, berwarna putih-kuning pucat dan pada ribbon stage selama 6 minit. Pastikan bawah bekas tahan panas tidak sentuh air panas tersebut. UPDATE: Air tak perlu sentiasa dipanaskan. Adunan dah gebu boleh ketepikan periuk tu.
  • Ayak tepung kek, tepung jagung dan baking powder dalam bekas lain.
  • Kaup balikkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, berseling-selikan dengan susu segar. Mulakan dengan campuran tepung dan akhiri juga dengan campuran tepung. (Contoh: tepung-susu segar-tepung-susu segar-tepung).
  • Ambil sedikit adunan, campurkan ke dalam butter yang dicairkan tadi. Gaul rata dan masukkan adunan ini ke dalam adunan asal. Kaup balik hingga rata.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar 170C, 30-35 minit atau hingga lidi dicucuk kering dan atas kek sedikit keperangan.
  • Keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang atas redai. Keluarkan loyang dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik.
  • Potong kek kepada 3 layer (lebih mudah disejukkan dalam peti sejuk dulu). Atas layer kek pertama, sapu fresh cream dan hiaskan dengan hirisan strawberry secara rawak. Tutup dengan layer kek kedua. Ulang dengan menyalut lapisan ke-2 kek dengan fresh cream dan hirisan strawberry.
  • Akhiri dengan lapisan kek ke-3 dan salut keseluruhan kek dengan baki fresh cream. Susun hirisan buah strawberry di keliling kek dan di atas kek.
  • Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN