Resipi nasi goreng garlic sesuai untuk hari yang sibuk apabila perut sudah lapar tetapi tidak mahu menghabiskan banyak masa di dapur. Sekitar 10 minit, hidangan panas dan mengenyangkan sudah boleh disediakan untuk mengisi perut selepas seharian beraktiviti.

Aroma bawang putih yang ditumis sehingga harum memberikan rasa yang cukup menyelerakan, manakala telur dan daun bawang melengkapkan hidangan dengan rasa serta tekstur yang lebih menarik. Cili padi pula boleh ditambah mengikut tahap kepedasan yang disukai.

Dengan penyediaan yang ringkas dan masa memasak yang singkat, nasi goreng ini sesuai dinikmati sebagai hidangan pada penghujung hari. Tidak perlu hidangan yang rumit, semangkuk nasi goreng yang sedap pun sudah cukup untuk mengakhiri hari dengan senyuman.

Baca juga: Balik Kerja Penat? Buat Nasi Goreng Cina Simple Ini, Tak Sampai 20 Minit Dah Boleh Makan!

RESIPI NASI GORENG GARLIC

resipi nasi goreng garlic

Bahan-bahan:

  • Nasi putih sejuk
  • 15 ulas bawang putih, dicincang halus
  • Daun bawang
  • 2 biji telur
  • Cili padi, ikut tahap pedas
  • Kacang buncis (Pilihan)
  • Serbuk pati ayam
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih bersama sedikit daun bawang sehingga harum. 
  3. Pecahkan telur dan kacau sehingga telur hancur serta masak. Masukkan cili padi dan buncis. 
  4. Kacau seketika sehingga buncis sedikit layu. 
  5. Masukkan garam, serbuk pati ayam dan nasi putih sejuk.
  6. Gaul dan goreng sehingga semua bahan sebati dan nasi terasa cukup berperisa. 
  7. Perasakan lagi jika perlu, kemudian taburkan daun bawang. 
  8. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Threads @dahlia.velvet

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Nenas, Bahan Simple Tapi Gabungan Rasanya Memang Menjadi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending