Kalau suka makan roti yang lembut dan gebu, jom cuba resipi roti loaf putih ini di rumah. Menariknya, doh hanya perlu diuli menggunakan tangan tanpa memerlukan mesin.
Bahan yang digunakan pun cukup mudah seperti tepung roti, yis, gula, susu atau air suam serta mentega. Doh perlu diuli sehingga licin dan elastik sebelum dibiarkan mengembang.
Selepas itu, doh dibentuk dan dimasukkan ke dalam loyang roti loaf sebelum dibakar sehingga permukaannya bertukar perang keemasan. Ikuti resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Resepi Roti Bun Inti Buttermilk, Gebu Dan Lembut, Sekali Cuba Terus Nak Buat Lagi
RESIPI ROTI LOAF PUTIH LEMBUT DAN GEBU

Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung roti
- 5 gram yis kering (instant yeast)
- 2 sudu besar gula
- 1 cawan susu suam atau air suam
- 2 sudu besar mentega atau marjerin, dilembutkan pada suhu bilik
- 1 sudu kecil garam
Cara-cara penyediaan:
- Campurkan susu suam atau air suam, gula dan yis dalam mangkuk. Biarkan selama 5 hingga 10 minit sehingga berbuih.
- Masukkan tepung roti dan garam ke dalam mangkuk besar. Tuangkan bancuhan yis dan uli sehingga semua bahan bercampur rata.
- Jika doh agak kental, tambahkan sedikit air sehingga mendapat doh yang sedikit lembik supaya lebih mudah diuli sehingga elastik.
- Masukkan mentega atau marjerin. Uli selama 10 hingga 12 minit sehingga doh menjadi licin, anjal, elastik dan tidak melekit di tangan.
- Bulatkan doh dan sapukan sedikit minyak pada mangkuk. Tutup dengan kain bersih dan biarkan doh naik sehingga dua kali ganda, kira-kira 45 hingga 60 minit.
- Tekan doh untuk mengeluarkan angin. Canai doh menjadi bentuk segi empat tepat, kemudian gulung kemas dari atas ke bawah. Tekan bahagian hujung gulungan supaya melekat rapat.
- Masukkan doh ke dalam loyang roti loaf bersaiz 8×4 inci yang telah disapu mentega. Biarkan doh naik sehingga mencapai kira-kira 80% paras loyang.
- Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 180°C selama 25 hingga 30 minit atau sehingga bahagian atas roti berwarna perang keemasan.
- Suhu dan tempoh pembakaran bergantung pada oven masing-masing, jadi laraskan mengikut kesesuaian oven.
- Selepas roti masak, sapukan sedikit mentega di atas permukaan roti ketika masih panas jika suka untuk mendapatkan kesan berkilat dan tekstur yang lebih lembut.
Sumber: Diana George
Baca juga: Resipi Shio Pan, Roti Viral Rangup Di Luar, Berongga & Lembut Bermentega Di Dalam!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

