Kuih puli ubi kayu mungkin nampak seakan-akan kuih lopes, tetapi cara penyediaannya dan bahan utamanya berbeza. Diperbuat daripada ubi kayu parut, kuih tradisional ini dikukus sebelum digaul bersama kelapa parut dan dinikmati dengan air gula Melaka.
Menariknya, kuih ini bukan sekadar hidangan biasa. Bagi sesetengah orang, ia boleh membawa kembali kenangan lama bersama keluarga. Ada yang teringat zaman kecil atau air tangan mak yang pernah menjadi kegemaran suatu ketika dahulu.
Resipi kuih puli ubi kayu ini juga tidak menggunakan banyak bahan. Ubi kayu yang diparut hanya dicampur dengan sedikit garam dan pewarna kuning sebelum dikukus. Selepas sejuk, kuih dipotong dan digaul bersama kelapa parut sebelum dicurahkan air gula melaka.
Baca juga: Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah
RESIPI KUIH PULI UBI KAYU

Bahan-bahan:
- 3 ketul ubi kayu (dikupas, dibersihkan dan diparut)
- 1/2 biji kelapa parut (digaul dengan sedikit garam dan dikukus 2-3 minit)
- 1 keping nisang atau gula merah
- Gula pasir
- Sedikit air
- Daun pandan
- Sedikit pewarna kuning
- Garam
- Sedikit beras pulut
Cara-cara penyediaan:
- Campurkan ubi kayu yang telah diparut dengan sedikit garam dan pewarna kuning. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan adunan ubi kayu ke dalam loyang atau acuan lompang.
- Kukus selama 20 minit sehingga ubi kayu masak.
- Sementara itu, masak nisang atau gula merah bersama gula pasir, sedikit air dan daun pandan sehingga menjadi air gula yang likat.
- Sangai sedikit beras pulut sehingga bertukar sedikit perang. Ketepikan.
- Apabila kuih yang dikukus sudah betul-betul sejuk, keluarkan dan potong mengikut saiz yang diingini.
- Gaulkan potongan kuih bersama kelapa parut yang telah dikukus.
- Taburkan beras pulut yang telah disangai di atas kuih jika suka.
- Hidangkan kuih puli ubi kayu bersama air gula melaka. Sedia untuk dinikmati.
Sumber: Noorma Musa
Baca juga: Cara Membuat Kuih Sagu Yang Menjadi Setiap Kali, Rahsianya Kacau 10 Minit Sahaja
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

