Gabungan cream cheese dan durian. Tekstur yang creamy, lemak manis, smooth, dan membelai tekak. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Lagi lama disimpan dalam peti sejuk, lagi rasa duriannya. Resepi asal dari Aunty Yochana. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/05/resepi-baked-durian-cheesecake-kek-keju.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek keju durian bakar (baked durian cheesecake)

Gabungan cream cheese dan durian. Tekstur yang creamy, lemak manis, smooth, dan membelai tekak. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Lagi lama disimpan dalam peti sejuk, lagi rasa duriannya. Resepi asal dari Aunty Yochana. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/05/resepi-baked-durian-cheesecake-kek-keju.html

BAHAN-BAHAN

  • BASE BISKUT: (boleh guna kek span biasa)- sy tak buat
  • 140g digestive biscuit, diblend
  • 15g gula kastor
  • 60g butter, dicairkan
  • FILLING:
  • 175g @1C + 1sb + 1/2sb isi durian, dilecek halus – boleh guna whisk atau diblend kalau nak lebih halus
  • 250g cream cheese, suhu bilik
  • 60g @ 1/4C gula kastor – boleh krgkn kpd 50g kalau guna fresh cream
  • 20g @ 2sb menggunung tepung jagung
  • 90ml @ 6sb susu sejat @ santan – sy guna susu sejat
  • 50ml @ 3sb + 1st UHT whipping cream @ fresh cream – sy guna fresh cream
  • 1 + 1/2 biji telur Gred A
  • TOPPING: (gambar di atas adalah separuh dr resepi di bawah)
  • 80g isi durian, dilecek – sy guna 45g
  • 32g susu segar – sy guna 15g susu sejat
  • 22g UHT whipping cream – sy guna 10g fresh cream
  • 15g gula kastor – sy guna 7g gula
  • 1/2 biji telur + 1/2 kuning telur Gred A – sy guna 1/2 biji telur Gred A, baki dari filling di atas
  • Hiasan: Serbuk koko atau
    1/2C fresh cream, dikocok kental
CARA PENYEDIAAN
  • BASE: Alas dan lengser loyang springform/loose pan dengan majerin/butter cair dan baking paper. Campur kesemua bahan base biskut dan tekan pada dasar loyang. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling cream cheese.
  • FILLING: Panaskan oven 160C. Pukul cream cheese dan gula kastor hingga gula hancur. Masukkan isi durian, susu sejat, whipping cream, dan tepung jagung. Pukul sebati. Masukkan telur dan gaul hingga smooth.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut, balut 2-3 kali dgn aluminium foil dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 1 jam, dengan loyang di’rotate’kan pada 5 minit terakhir.
  • TOPPING: Campur kesemua bahan untuk topping dan tuang di atas kek yang dibakar tadi (tak perlu disejukkan dahulu). Sambung bakar untuk 15-20 minit atau hingga permukaan atas kek sedikit keperangan dan agak kering.
  • Dah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan kek dalam loyangnya di atas redai. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam baru dikeluarkan dr loyang dan dihias dgn mengayak serbuk koko atasnya atau disalut fresh cream.
  • ***Kek tak perlu dicucuk untuk check dah masak atau belum, cukup sekadar tengok permukaan atas kelihatan agak kering dan sedikit keperangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN