Masakan org N9, mmg mudah untuk menyediakannya..kalau x nak makan dengan nasi buat cicah dgn roti/ cekodok/lempeng pun sedap..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
GULAI AYAM MASAK LOMAK CILI API
Masakan org N9, mmg mudah untuk menyediakannya..kalau x nak makan dengan nasi buat cicah dgn roti/ cekodok/lempeng pun sedap..
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor – potong 16, bersihkan dan gaulkan dengan serbuk kunyit sedikit
- Bahan2 yg bertanda * untuk dikisar:-
- * 5 ulas bawang merah kecil
- * 1 ketul kecil kunyit hidup/ 1 s/k serbuk kunyit – secukupnya lah yer…
- * 1 genggam cili api kampung- x tahan leh kurangkan yer
- * 2 batang serai- 1 blender, 1 diketuk
- * 2 inci Halia
- 2 biji kentang – belah 4/ biji
- 1 biji tomato – belah 4
- garam secukup rasa
- 1 kotak santan segera
- air secukupnya- kalau boleh sehingga menutupi paras ayam dalam periuk
- 2 keping asam keping
- ~ kebiasaan org N9 masak gulai mmg x lotak bawang putih yo.. ado tu langsung x lotak bawang pun… tp cikna mmg suko lotak bawang bagi manis sikit… yg tomato tu untuk hiasan jer…biaso ehh org x lotak pun.. kalau gulai ikan br den lotak mmg sodap.
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan ayam, bahan blender, santan, serai yang dititik tadi, 2 keping asam keping, air secukupnya kedalam periuk, didihkan dengan api biasa sehingga mengeleggak. Kacau sentiasa yer supaya santan x pecah minyak.
- Kemudian boleh masukkan kentang, kacau sebentar masak shgg empuk,br masakkan tomato tadi masak sekejap lagi. last sekali bolehlah dimasukkan garam secukup rasa.
- Apabila ayam dah masak kentang lak dah empuk rasa dah cukup rasa bolehlah tutup api dan bolehlah makan dgn nasi panas, ikan goreng, ulam2 sikit emm mmg terangkat..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.