Duduk bujang memang seronok sebab tak perlu pening fikir nak masak untuk satu keluarga. Tapi bila setiap hari asyik tapau atau order makanan, lama-lama boleh terasa juga pada poket.

Sebenarnya, tak perlu pandai masak pun untuk mula sediakan makanan sendiri. Ada banyak resipi mudah yang menggunakan bahan asas, tak mengambil masa lama dan sesuai dibuat dalam portion seorang.

Kalau dah bosan makan luar setiap hari, cuba lima resipi mudah ini.

1. Nasi Goreng Telur

Tak tahu nak masak apa? Nasi goreng telur antara menu paling mudah kerana bahan-bahannya memang biasa ada di dapur.

Bahan:

  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 1-2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap secukup rasa
  • Sedikit garam dan lada
  • Minyak untuk menumis

Cara buat:

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi. Pecahkan telur dan kacau sehingga separuh masak.

Masukkan nasi dan gaul sehingga sebati. Tambahkan kicap, garam dan lada mengikut citarasa. Kalau ada lebihan sayur, sosej atau ayam dalam peti sejuk, boleh juga masukkan sekali.

2. One-Pan Chicken Pasta

Tak suka basuh banyak pinggan selepas memasak? Resipi one-pan ini mungkin boleh jadi kegemaran.

Bahan:

  • Pasta secukupnya
  • Isi ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan susu atau cooking cream
  • Cheese
  • Garam dan lada hitam
  • Sedikit minyak atau mentega

Cara buat:

Panaskan minyak atau mentega dalam kuali dan tumis bawang putih. Masukkan ayam yang dipotong kecil dan masak sehingga hampir masak.

Masukkan pasta dan sedikit air. Setelah pasta mula lembut, masukkan susu atau cooking cream serta cheese.

Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul sehingga sos menjadi pekat dan pasta masak sepenuhnya.

3. Wrap Telur & Cheese

Nak sesuatu yang cepat untuk sarapan atau makan malam? Wrap telur dan cheese boleh disiapkan dalam beberapa minit sahaja.

Bahan:

  • 1 keping tortilla wrap
  • 1-2 biji telur
  • Cheese
  • Sosej atau ayam jika ada
  • Sedikit garam dan lada

Cara buat:

Pukul telur bersama sedikit garam dan lada. Masak dalam kuali sehingga hampir masak.

Letakkan tortilla di atas telur dan biarkan seketika. Kemudian terbalikkan tortilla bersama telur tadi dan letakkan cheese serta topping pilihan.

Lipat wrap dan masak sehingga cheese cair serta bahagian luar sedikit garing.

4. Maggi Goreng Telur Special

Kalau anda memang tak boleh dipisahkan daripada mi segera, sekurang-kurangnya upgrade sedikit supaya lebih mengenyangkan.

Bahan:

  • 1 paket mi segera
  • 1 biji telur
  • Sayur pilihan
  • Sosej atau fish cake
  • Sedikit kicap
  • Sos cili jika suka

Cara buat:

Rebus mi sehingga hampir lembut dan toskan.

Panaskan sedikit minyak, kemudian masukkan telur dan kacau. Tambahkan sayur serta sosej sebelum memasukkan mi yang sudah direbus.

Masukkan perencah mi, sedikit kicap dan sos cili. Gaul sehingga semuanya sebati.

Tak sampai 10 minit pun dah boleh makan.

5. Chicken Rice Bowl

Kalau nak sesuatu yang lebih lengkap, buat rice bowl menggunakan ayam dan sayur.

Bahan:

  • 1 mangkuk nasi
  • Isi ayam
  • Bawang putih
  • Sos teriyaki atau kicap
  • Sayur pilihan
  • Sedikit minyak

Cara buat:

Potong ayam kepada saiz kecil supaya cepat masak. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sebelum memasukkan ayam.

Apabila ayam sudah masak, masukkan sos teriyaki atau kicap dan masak sehingga sos sedikit pekat.

Letakkan nasi dalam mangkuk dan tambah ayam bersama sayur pilihan. Siap!

Tak perlu jadi pro untuk masak sedap, poket pun lebih selamat!

Tak perlu terus cuba resipi yang complicated. Mulakan dengan menu yang menggunakan bahan mudah dan peralatan yang memang boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan.

Bila dah biasa memasak sendiri, anda bukan sahaja boleh kawal bahan dan portion, malah boleh kurangkan kebergantungan kepada makanan tapau atau delivery.

Paling penting, tak perlu dapur penuh dengan barang mahal. Beberapa peralatan asas seperti kuali non-stick, periuk kecil dan rice cooker pun sudah boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai menu.

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending