Petua elak epal lebam ini boleh dicuba kalau selalu geram tengok hirisan epal cepat bertukar warna selepas dipotong. Caranya cukup mudah dan hanya menggunakan air sejuk serta sedikit garam.

Menurut perkongsian asal, cara ini sudah digunakan selama beberapa tahun ketika mengusahakan bisnes jeruk. Hirisan epal direndam terlebih dahulu sebelum ditos dan boleh terus dihidangkan atau dijadikan snek.

Kalau suka makan epal dengan rasa masam-masam, hirisan epal ini juga boleh digaul dengan serbuk asam, asam boi dan perahan limau kasturi. Nak pedas sedikit pun boleh tambah hirisan cili.

Baca juga: Tip Pilih Buah Naga Merah, Kulit ‘Karat’ Rupanya Salah Satu Petua Nak Dapat Yang Manis

PETUA ELAK EPAL LEBAM SELEPAS DIPOTONG

Bahan-bahan:

  • Epal secukupnya
  • Air sejuk secukupnya
  • Garam secukupnya

Bahan untuk dijadikan snek asam:

  • Serbuk asam boi putih
  • Serbuk plum
  • Asam boi
  • Limau kasturi
  • Cili (jika suka)

Cara-cara supaya epal tak lebam:

  1. Sediakan air sejuk dalam mangkuk atau bekas yang sesuai.
  2. Masukkan hirisan epal ke dalam air tersebut.
  3. Taburkan sedikit garam dan kacau sehingga garam larut.
  4. Rendam hirisan epal selama 10 minit.
  5. Selepas itu, toskan epal. Boleh bilas dengan air jika mahu atau terus toskan tanpa membilas.
  6. Hirisan epal sudah boleh dihidangkan.

Cara buat epal asam boi:

  1. Taburkan serbuk asam boi putih atau serbuk plum di atas hirisan epal.
  2. Masukkan beberapa biji asam boi.
  3. Perahkan limau kasturi mengikut cita rasa.
  4. Kalau suka rasa pedas, boleh tambah cili yang dihiris.
  5. Gaul sebati dan hidangkan ketika sejuk.

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Nak Beli Gula Melaka? Ini Cara Kenal Pasti Yang Asli, Elak Terbeli Yang Sudah ‘Campuran’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending