
Kalau anda sedang mencari cara buat pancake gebu yang mudah, resipi ini memang wajib dicuba. Hanya menggunakan dua bahan utama iaitu telur dan tepung gandum, anda sudah boleh menghasilkan pancake yang lembut, ringan dan gebu seperti dijual di kafe.
Rahsia utama resipi ini terletak pada teknik memukul putih telur sehingga menjadi meringue yang kembang. Langkah ini membuatkan tekstur pancake lebih ringan, tebal dan lembut tanpa perlu menggunakan baking powder atau bahan penaik lain.
Sesuai dijadikan menu sarapan, minum petang atau pencuci mulut, pancake ini juga sedap dimakan bersama madu, sirap maple, mentega, buah-buahan segar atau coklat. Walaupun nampak ringkas, hasilnya memang memuaskan dan pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.
Baca juga: Resipi Cekodok Tepung Kosong Rangup Di Luar & Chewy Di Dalam, Sedap Dimakan Panas-Panas!
CARA BUAT PANCAKE GEBU YANG LEMBUT DAN ANTI GAGAL

Bahan-bahan:
- 3 biji telur (asingkan putih dan kuning)
- 1 senduk tepung gandum
- 1/3 cawan air suam
- 2 sudu besar gula
- Secubit garam
Cara-cara penyediaan:
- Asingkan putih telur dan kuning telur ke dalam dua bekas berasingan.
- Pukul putih telur sehingga menjadi kembang, pekat dan membentuk puncak lembut seperti awan.
- Di dalam bekas lain, campurkan kuning telur bersama tepung gandum, air suam, gula dan secubit garam. Gaul sehingga adunan licin tanpa berketul.
- Masukkan putih telur yang telah dipukul ke dalam adunan kuning telur sedikit demi sedikit. Kaup balik (fold) perlahan-lahan supaya adunan kekal ringan dan gebu.
- Panaskan kuali dengan api kecil. Jika perlu, sapukan sedikit mentega atau minyak.
- Sudukan adunan ke atas kuali dan masak sehingga bahagian bawah keperangan. Terbalikkan dengan berhati-hati dan masak lagi sehingga kedua-dua belah masak sempurna.
- Angkat dan hidangkan ketika masih panas bersama madu, mentega, sirap maple atau buah-buahan segar mengikut cita rasa.
Sumber: Ummu Uwais
Baca juga: Resipi Roti Gulung Jejari Ketam Yang Selalu Jadi Rebutan, Baru Hidang Dah Tinggal Pinggan Kosong!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














