guna bahan yg ada kat dapur je, x perlu daging, isi ayam, atau ikan bilis pon

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

inti karipap ekonomi

guna bahan yg ada kat dapur je, x perlu daging, isi ayam, atau ikan bilis pon

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg kentang – kupas kulit, potong dadu
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 1 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 1 ketul kiub pati bilis
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 2 sb gula
  • 1/8 sk garam *optional
  • 3 sb minyak untuk menumis
  • air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan bawang besar dan gaul sebati.
  • Masukkan cili kering kisar dan goreng hingga kering.
  • Masukkan serbuk kari, kacau hingga pecah minyak barulah masuk kiub ayam dan bilis.
  • Campurkan kentang dan tuangkan air sehingga paras kentang tenggelam.
  • Kacau rata dan masukkan gula, seterusnya perlahankan api.
  • Note : Oleh sebab letak 2 kiub perasa bilis dan ayam, tunggu agak2 air dh separuh kering, test dlu rasa masinnya.kalau dah masin, x perlu garam lagi. kalau kurang masin, baru masuk garam.
  • Kacau dalam 5 minit sekali sehingga air kering.
  • Sejukkan, sedia utk buat kulitnya

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN