anak mula makan

Waktu makan bersama anak bukan sekadar tentang mengenyangkan perut, tetapi juga boleh menjadi saat yang mencabar buat ibu bapa. Dengan peralatan makan anak yang sesuai, rutin makan harian boleh menjadi lebih mudah, kemas dan selesa untuk si kecil.

Jika anda sedang melengkapkan keperluan anak di rumah, berikut lima peralatan makan yang boleh membantu menjadikan waktu makan lebih lancar.

1. Silicone suction bowl atau divided plate

Kalau anak suka menolak atau mengangkat mangkuk ketika makan, bekas makanan dengan tapak penyedut (suction base) boleh membantu mengurangkan tumpahan.

Bagi anak yang sudah mula makan sendiri pula, pinggan berpetak (divided plate) memudahkan makanan diasingkan mengikut jenis. Ini juga membantu ibu bapa menyediakan hidangan yang lebih tersusun.

2. High chair yang selesa & mudah dibersihkan

Anak lebih mudah fokus apabila mempunyai ruang makan yang selesa dan konsisten. High chair juga membantu memastikan postur anak lebih stabil sepanjang waktu makan.

Jika boleh, pilih model yang mempunyai dulang boleh tanggal serta kusyen yang mudah dibersihkan supaya kerja mengemas selepas makan menjadi lebih mudah.

3. Bib jenis waterproof dengan poket

Kalau setiap kali makan baju anak perlu ditukar, mungkin sudah tiba masanya menggunakan bib jenis silikon atau waterproof yang mempunyai poket di bahagian bawah.

Ia membantu mengumpulkan sisa makanan yang jatuh dan mengurangkan kekotoran pada pakaian serta lantai. Lebih mudah untuk ibu bapa, terutama ketika makan di luar rumah.

4. Food cutter & bekas penyimpanan makanan

Ada hari ibu bapa benar-benar sibuk. Sebab itu food cutter dan bekas penyimpanan makanan menjadi antara ‘helper‘ yang ramai gunakan untuk mempercepatkan proses penyediaan makanan.

Sayur, buah atau lauk boleh dipotong lebih awal dan disimpan dengan lebih kemas. Apabila tiba waktu makan, anda hanya perlu panaskan atau terus hidangkan.

5. Training cup yang mudah dipegang

Apabila anak semakin membesar, mereka biasanya mahu belajar minum sendiri. Training cup yang direka khas dengan pemegang ergonomik boleh membantu anak belajar dengan lebih yakin sambil mengurangkan risiko air tertumpah.

Pilih cawan yang bersesuaian dengan umur anak dan mudah dicuci supaya lebih praktikal digunakan setiap hari.

Waktu makan yang lebih teratur bermula dengan persediaan yang betul

Tiada satu produk yang boleh membuatkan semua anak terus makan dengan berselera. Namun, peralatan yang sesuai boleh membantu menjadikan waktu makan lebih teratur, selesa dan kurang stres untuk seisi keluarga.

Jika anda sedang melengkapkan keperluan meal time si manja, pertimbangkan produk yang benar-benar sesuai dengan umur serta keperluan anak. Sedikit perubahan pada rutin dan peralatan yang digunakan mungkin mampu menjadikan pengalaman makan setiap hari lebih menyeronokkan.

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN