Pernah menang tempat pertama anjuran KEMAS hahah..resepi org PErak yang telah diolah oleh arwah Opah

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Dendeng Masak Merah

Pernah menang tempat pertama anjuran KEMAS hahah..resepi org PErak yang telah diolah oleh arwah Opah

BAHAN-BAHAN

  • 1 ulas bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 3 cm halia – dihiris memanjang
  • 1 btg serai – dititik
  • 4 keping hirisan lengkuas -ditumbuk halus kemudian tambah 1 sd kecil jintan manis menimbun..tumbuk lagi sehingga hancur.
  • 1kg daging direbus terlebih dahulu. kemudian hiris lebar-lebar. Rebus sekali lagi dgn 4-5 sudu makan gula merah, sehingga hampir kering kuah gula td. Sebaik-baiknya..tumbuk sekeping2 daging td..jgn kasi hancur plak..ala kadar aje..sekadar utk kasi mesra d
  • 1 – 2 mangkuk cili kering kisar – ikut pedas masing
  • 1 mangkuk kecil jus asam jawa
  • garam dan gula
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai yang dititik td sehingga layu…harumnyyee bau
  • Masukkan pula cili kisar (agak-agakla yea) bersama-sama lengkuas dan jintan manis yg telah ditumbuk tadi.. CB buh lebih kurang 4 senduk gulai cili kisar..masak sehingga pecah minyak.boleh letak sedikit air jika hendak berkuah
  • Kemudian boleh terus tuang daging berserta kuah gula merah td.
  • taruh plak air asam jawa..time ni bole la tambah sikit gula pasir, garam dan serbuk perasa (jika suke). Masak la sehingga pecah minyak..dan sedia la dihidangkan…Sesuai dijadikan hidangan meja pengantin…dihias plak dgn bawang goreng…memang sodap!!
  • ini gambar daging yg telah direbus dgn gula merah td…tgk kuah mcm dh agak kering..kire ok la tuh
  • sj nak tnjuk lebih kurang bahan2 dia…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN