
Resipi daging masak kicap pedas merupakan antara lauk yang cukup popular dalam hidangan harian masyarakat Malaysia. Gabungan daging yang empuk bersama kuah kicap yang pekat, rasa manis, pedas dan sedikit masam menjadikan lauk ini memang sesuai dinikmati bersama nasi putih panas.
Bagi yang suka lauk ringkas tetapi penuh rasa, daging masak kicap pedas ini boleh jadi pilihan terbaik untuk dimasak di rumah. Walaupun menggunakan bahan yang mudah didapati, hasil akhirnya tetap menyelerakan dengan aroma bawang, halia dan serai yang naik membuka selera.
Rahsia keenakan resipi ini terletak pada daging yang direbus sehingga empuk sebelum dimasak bersama bahan tumisan. Ditambah pula dengan hirisan cili padi dan lada besar, kuah kicapnya memberikan rasa pedas yang cukup seimbang dan membuatkan hidangan ini lebih istimewa.
Baca juga: Resepi Mi Kuah Daging Pekat Dan Padu, Rahsia Sedap ‘Yakmat’ Kena Guna Air Rebusan Daging
RESIPI DAGING MASAK KICAP PEDAS

Bahan-bahan:
- Daging (siap direbus dan dipotong ikut kesesuaian)
- Serai (diketuk)
- Bawang merah (dikisar)
- Bawang putih (dikisar)
- Halia (dikisar)
- Cili padi merah dan hijau
- Asam keping atau asam jawa
- Sos tiram secukupnya
- Kicap manis secukupnya
- Kicap pekat (pilihan, untuk warna lebih gelap)
- Bawang holland (dihiris)
- Cili padi atau lada besar merah dan hijau (dihiris)
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis serai bersama bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau serta pecah minyak.
- Masukkan cili padi merah dan hijau yang telah dikisar atau ditumbuk. Tumis seketika sehingga sambal menjadi lebih wangi.
- Masukkan daging yang telah direbus dan gaul rata bersama bahan tumisan supaya segala rasa meresap ke dalam daging.
- Tambahkan sos tiram, kicap manis dan sedikit kicap pekat jika mahu kuah berwarna lebih gelap. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.
- Masukkan asam keping atau sedikit air asam jawa untuk memberikan rasa masam yang menyegarkan.
- Biarkan daging masak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat dan meresap.
- Akhir sekali, masukkan hirisan bawang holland serta cili padi atau lada besar merah dan hijau. Kacau sekejap dan tutup api.
- Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas, nasi minyak atau nasi berperisa mengikut citarasa.
Sumber: Angah Aisyah
Baca juga: Resipi Nasi Daging Utara Paling Senang, Confirm Jadi & Sesuai Untuk Hidangan Satu Keluarga
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














