Acar sempoi untuk layan nasi tomato dan ayam masak merah. Atau diratah begitu saja.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Acar Tropical Fruits

Acar sempoi untuk layan nasi tomato dan ayam masak merah. Atau diratah begitu saja.

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin tropical fruits mix
  • 1/2 cawan gula (lebih atau kurang ikut rasa)
  • 3/4 cawan cuka
  • 1 labu bawang besar di belah 8 atau 10
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar biji sawi
  • sedikit kulit kayu manis jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • 2 biji cili merah dibelah 2 (atau boleh guna cili padi untuk lagi pedas)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan biji sawi, kayu manis, bawang merah, dan bawang putih. Sekejap saja. Tak perlu sampai layu bawang.
  • Masukkan air dari tropical fruit mix, cili merah, cuka, gula, dan garam. Masak sehingga mendidih.
  • Masukkan tropical fruit mix. Rasa masam, masin, dan manisnya.
  • Bila mendidih lagi sekali, tutup api. Selesai sudah. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN