Asalnya resepi Mat Gebu..ditambah/kurangkan sedikit bhn2 mengikut selera..tq taiko!!~

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Soto Ayam Bergedel Daging..

Asalnya resepi Mat Gebu..ditambah/kurangkan sedikit bhn2 mengikut selera..tq taiko!!~

BAHAN-BAHAN

  • Utk kuah soto : 3 – 4 ketul ayam (tak kisah la dada atau paha) ,4 ketul dada ayam | perap dgn kunyit, garam dan halia 1/2 jam ,2 batang serai | dititik ,1 inci lengkuas | dititik, 2 camca besar rempah sup “ADABI” ,1 1/2 camca besar rempah kurma “ADABI”, 1
  • Utk tumis (dikisar halus) : 1 labu bawang besar, 4 ulas bawang merah, 3 biji bawang putih, 2 inci halia, 1 camca teh lada hitam, biji 4 biji buah keras, 1 inci kunyit hidup
  • Utk lada kicap : 10 biji cili padi,
    2 biji bawang putih,
    1 cawan kicap manis,
  • Bahan2 lain : Nasi himpit, Tauhu | goreng n hiris, Suun goreng | jgn cuci, terus goreng guna minyak panas, Taugeh | dicelur sekejap, Bawang Goreng, Daun Sup atau bawang, Bergedel, Kacang tanah | digoreng, Telur rebus, Cili merah.
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak. Masukkan rempah tumis (*) dan goreng hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga terbit minyak. Masukkan rempah sup, rempah kurma, sedikit air dan kacau hingga rata. Masak guna api sederhana.
  • Kemudian masukkan ayam, serai lengkuas. Kacau hingga rata. Tuang air anggaran 2 – 3 liter. Masukkan 1 camca teh garam dan masak dengan api sederhana. Biar merenih hingga 45 min – 1 jam (tambah air jika kurang).
  • Dada ayam yg diperap tadi, goreng hingga masak, angkat, toskan dan bila sejuk boleh dicarik2 halus. Ketepikan.
  • Penyediaan Soto : Dalam mangkuk, masukkan nasi himpit n taugeh. Tuang kuah soto hingga 3/4 penuh. Bubuh kacang goreng, tauhu, bergedel, suun, bawang goreng, daun sup/bawang, telur rebus dan hirisan cili merah.
  • Untuk lada kicap : Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat. Masukkan kicap manis dan gaul rata. Pastu boleh dimasukkan dalam soto (jika suka)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN