Resepi dari kelas baking ..sedap bagi yang gemar makan cokelat

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Traditional Chocolate Rich Muffin

Resepi dari kelas baking ..sedap bagi yang gemar makan cokelat

BAHAN-BAHAN

  • 90g minyak / butter cair
  • 375g tepung naik sendiri
  • 50g serbuk koko
  • 170g gula halus/ gula castor
  • 1 biji telur
  • 330g susu segar/ susu cair pun ok
  • 130g coklat masakan – di potong/chopped kecil-kecil, pilih jenama pilihan jika ingin letak
  • 100g coklat cip – ikut suka untuk letak dalam muffin dan juga tabur atas
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan tepung, serbuk koko,gula, telur, susu dan akhir sekali minyak/butter cair dalam mangkuk -kacau rata.
  • Kemudian masuk coklat masakan yg dipotong/chopped tadi ( tak perlu cairkan) dan masukkan juga 2/3 coklat cip dalam adunan , kacau sikit sahaja supaya adunan cokelat masakan dan coklat cip yg dimasukkan bergaul dgn adunan lain
  • Sudukan adunan kedalam mangkuk kertas muffin ~70% penuh. Jika guna yg keras tak perlu guna muffin tray. Jika guna yang nipis, masukkan kertas muffin dalam tray, baru sudukan adunan dalam kertas muffin.
  • Bakar pada 180C selama 25min atau sehingga masak ( bergantung pada oven masing ye)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN