Belajar buat kek ni dari Ibunda tercinta, Pn Hjh Mahani Hj Azahari

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Kukus Buah-buahan

Belajar buat kek ni dari Ibunda tercinta, Pn Hjh Mahani Hj Azahari

BAHAN-BAHAN

  • Tepung Gandum 550 gm
  • Marjerin 250 gm
  • Gula halus 300 gm
  • Mix Fruit 350 gm
  • Telur (A) 5 biji
  • Ovelett 20 gm
  • Krim of Tartar 4 sd kecil
  • Soda Bikarbonat 2 sd kecil
  • Serbuk buah pala 1 sd kecil
    **Optional sbb ada yg tk suka rasa buah pala
  • Gula kasar 1 cawan (150 gm) untuk dihanguskan
CARA PENYEDIAAN
  • Tepung Gandum, Krim Of Tartar, Soda bikarbonat, serbuk pala dan mix fruit disatukan dalam mangkuk. Gaul sebati.
  • Pukul marjerin, ovelett dan gula halus sehingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu. Pukul sebentar sehingga adunan nampak halus.
  • Masukkan bhn-bhn kering yang disatukan td. Gaul sampai rata.
  • Sediakan gula hangus. Caranya ialah dgn memasak gula dgn api yang sederhana sehingga kelihatan berbuih. Tutup api dan kacau hingga buih td hilang. Lps tu tuang dlm adunan td.
  • Kacau sampai rata menggunakan senduk kayu. Proses ni kena buat dgn pantas. Kalau tidak gula tu akan membeku. Jd susahlah skit bila kita nk mengacaunya. Satu lg pesanan hati-hati, sbb takut nnt tangan terkena gula hangus. Tak pasal-pasal melecur plak.
  • Masukkan dlm loyang yang tlh dialas dgn tracing paper. Tutup atas loyang dengan alumunium foil. Ini utk mengelakkan air menitik atas permukaan kek. Kukus 4 jam.
  • Air hendaklah sentiasa ditambah. Jgn biar kering. Biasanya sya akan tambah air setiap 45 minit sekali. Tpi ini bergantung pada saiz periuk kukus.
  • Lps 4 jam bolehlah diangkat, dikeluarkan dari loyang dan disejukkan dan dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN