Simple dan sedap…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Goreng Ala-ala Mamak

Simple dan sedap…

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 bungkus mee kuning
  • 8 ekor udang saiz sederhana (buang kepala shj)
  • Sedikit isi ayam
  • 1 keping tauhu (dipotong 2 dan goreng dahulu)
  • Sawi
  • Sedikit taugeh
  • 1 sb Kicap Mee
  • 1 sb cili kisar/ cili boh
  • 1 sb tomato sos
  • 1 sb sos tiram
  • air rebusan ayam
  • 1 biji telur
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 ulas bawang merah dan bawang putih (ditumbuk)
  • Untuk hiasan: limau nipis, daun bawang dan sup
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang yang telah ditumbuk.. biar naik bau..
  • Kemudian, masukkan cili kisar/cili boh.. masak biarkan agak garing.
  • Masukkan udang dan ayam.. masak sebentar
  • Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap mee dan air rebusan ayam.. masak biarkan sekali mendidih
  • Tauhu yang digoreng tadi dipotong dadu atau ikut selera…
  • Kemudian, masukkan sawi dan tauhu yang dipotong tadi… kacau rata
  • Masukkan garam (sedikit saja) dan gula. Kalau nak bubuh ajinomoto ikut laa.. saya x guna itu..
  • Pecahkan telur dalam kuali… kacau sampai sebati dalam kuah tu
  • Akhir sekali masukkan mee dan tauge.. gaul rata.. biarkan mee betul-betul masak (dalam 2-3 minit)
  • Tutup api, kacau lagi 1-2 minit (jangan sampai hangit atau melekat pada kuali).
  • Dah siap… angkat dan hidangkan.. hiaskan dengan limau nipis, daun bawang dan sup.. kalau suka hirisan cili merah dan cili hijau..
  • Sedia untuk di makan… selamat mencuba (tempoh 1/2 jam saja penyediaannya..)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN