jus beetroot​

Beetroot atau ubi bit memang cukup popular dalam kalangan pengamal gaya hidup sihat kerana warnanya yang cantik dan khasiatnya yang tinggi. Namun begitu, tidak semua orang terus jatuh cinta dengan rasanya jika dijadikan jus beetroot.

Ada yang pertama kali mencuba jus beetroot mengadu ia berasa agak “bertanah” dan kurang kena dengan tekak. Ada juga yang sampai tak habis minum kerana tidak tahan dengan rasa dan bau tersebut.

Walaupun begitu, ramai masih cuba mencari cara untuk membuat jus ini kerana khasiatnya yang dikatakan baik untuk kesihatan badan, darah dan stamina. Jadi, apa sebenarnya cara untuk kurangkan rasa dan bau tanah dalam jus beetroot?

Baca juga: Cara Hilangkan Bau Badan Paling Senang, Minum Air Rebusan Serai & Daun Pandan Saja!

CARA HILANGKAN RASA ‘BERTANAH’ JUS BEETROOT (UBI BIT)

jus beetroot​

Berikut beberapa perkongsian daripada pengguna media sosial yang boleh anda cuba:

1. Kukus dulu sebelum kisar

Ada yang berkongsi, beetroot boleh dikukus terlebih dahulu sebelum dikisar. Selepas itu, perahkan sedikit jus lemon untuk bantu hilangkan rasa tanah. Cara ini dikatakan membantu menjadikan rasa lebih ringan dan mudah diminum.

2. Campur dengan buah berasid

Antara tips paling popular ialah mencampurkan beetroot dengan buah-buahan berasid seperti nanas, epal hijau, oren atau lemon. Ada juga yang menambah batang seleri untuk kurangkan rasa ‘earthy’ tersebut. Gabungan rasa masam dan manis buah-buahan ini membantu menutup rasa asal beetroot yang agak kuat.

3. Mulakan dengan campuran kecil dan tambah madu

Untuk yang baru nak “berkenalan” dengan jus beetroot, ada yang mencadangkan guna sedikit dahulu. Campurkan dengan madu, oren atau epal hijau supaya rasa lebih sedap dan tidak terlalu kuat. Bila dah biasa, kuantiti beetroot boleh ditambah sedikit demi sedikit sehingga akhirnya boleh minum tanpa campuran lain.

4. Campur pelbagai buah untuk rasa lebih seimbang

Ada juga yang hanya kisar beetroot bersama campuran buah lain seperti lobak merah, oren dan lemon. Hasilnya, rasa tanah langsung tidak ketara dan minuman jadi lebih sedap serta segar.

5. Jangan minum terus pekat

Ramai juga setuju bahawa beetroot tidak sesuai diminum secara terus dalam kuantiti banyak pada peringkat awal. Lebih baik campur dengan bahan lain dahulu sehingga lidah biasa dengan rasa tersebut.

Sumber: Facebook

Baca juga: Cara Simpan Limau Kasturi Dengan Betul, Tak Perlu Risau Buah Rosak & Bazir Dalam Peti Sejuk

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN