Chinese mix Malay version.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam sos tiram versi fusion

Chinese mix Malay version.

BAHAN-BAHAN

  • 1-2 batang serai (diketuk @ digunting pendek)
  • 1/2 labu bawang besar dihiris
  • 1/2 inci halia dihiris
  • 3-4 kuntum bunga lawang
  • 4-5 biji cili padi (ikut citarasa pedas masing-masing)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar kicap cair masin (chinese soy sauce)
  • 1 sudu teh cuka
  • Ayam setengah ekor (tanpa kulit) dipotong 8
  • 1/2 batang carrot
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng ayam sebentar (dalam 5-7 minit) @ sehingga daging bertukar warna.
  • Dalam kuali lain masukkan satu senduk atau lebih minyak goreng ayam tadi untuk menumis serai, bawang, halia, cili padi, bunga lawang dan carrot.
  • Setelah bahan tumis naik bau masukkan ayam yg telah digoreng sebentar tadi.
  • Gaul dan biar masak sebentar sebelum memasukkan kicap manis, masin, kicap cair masin, kicap seasoning maggi dan sos tiram.
  • Masak sebentar dan masukkan setengah cawan air serta cuka.
  • Masak sehingga daging ayam empuk.
  • Untuk mendapat hidangan yang lebih lazat, masak terlebih dahulu dan biarkan dalam kuali (seperti perap). Sebelum makan, panaskan sekali lagi. Cubalah… pasti tak mengecewakan dan lain sikit daripada masak kicap biasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN